Tips : Popularkan Blog Anda Di GOOGLE (SEO)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya dah lama aku tak menulis entri berkaitan tips-tips blogging. Hari ini aku kongsikan kepada rakan semua cara untuk popularkan blog korang di Google atau dengan erti kata lain popularkan blog korang dengan tips SEO (Search engine optimization) iaitu kita optimize blog kita supaya berada di tangga teratas mesin pencaria Google. SEO memang dah basi dikalangan blogger. Ada yg menang dan ada yang tewas dengan permainan SEO. Di bawah ni aku sediakan beberapa tips untuk perkongsian bersama.

Tips #1 : Fokus Kepada Satu Keyword

Fokus kepada keyword. Dalam entri yang akan di post kan, kita mesti tahu apa keyword yang nak disampaikan dalam post tu nanti. Contohnya dalam entri ini http://www.blogwalking.info/2012/02/lawak-burung-kakak-tua.html aku fokuskan kepada keyword "burung kakak tua". So korang jangan main belasah je nak menulis post. Bila kita dah fokus kepada satu keyword tu, jadi penulisan dalam post akan bercerita pasal keyword "burung kakak tua" sahaja. Fokus, fokus dan fokus.


Tips #2 : Tajuk pada post

Tajuk pada post yang akan di publish kan tu mesti mengandungi keyword yang kita fokuskan tadi di tips#1. Contoh tajuk ialah "Lawak : Burung Kakak Tua". Jangan pula tajuk macam ni "Kisah Lawak Burung". Sepatutnya mesti ada keyword "burung kakak tua" dalam tajuk post tu. Lihat gambar di bawah :



Tips #3 : Kandungan Post / Entri

Kandungan post kita juga mesti ada keyword yang kita fokuskan tu. Contoh, dalam kandungan post tu mesti ada keyword "burung kakak tua". Jangan terlalu banyak menulis keyword dalam post, takut Google akan menganggap post kita tu mengandungi SPAM. Cukup  la 25%-30% ketumpatan keyword dlm post kita. 



Tips #4 : Label dan Tags

Jangan biarkan kosong sahaja label atau tags di bawah post kita. Ia juga memainkan peranan dalam merebut kejuaraan SEO. Dalam label atau tags korang juga mesti masukkan keyword yang telah kita fokuskan. Lihat gambar di bawah.



Tips #5 : Nama Pada Gambar

Jangan biarkan nama gambar pada post tu di "rename" kan dengan nama entah apa2. Contohnya korang "rename" kan gambar dengan nama "picture1", "mypicture10" dan "gambar02". Hello, tolong sikit ye, berapa banyak nama gambar tu tadi ada dalam hosting, macam mana la gambar kita nak tersenarai dalam enjin pencari pakcik Google tu. Kalau gambar tu gambar tentang burung kakak tua korang sepatutnya "rename" kan gambar tu seperti "burung-kakak-tua.jpg". Mesti letak dash "-" dalam keyword jika lebih daripada satu perkataan.



Jangan salah faham tentang tips di atas. Asyik2 burung kakak tua je. Bukan ape, aku hanya nak kongsikan salah satu post di blog aku (http://www.blogwalking.info/2012/02/lawak-burung-kakak-tua.html) tersenarai di pencarian Google muka depan lagi dalam carian berdasarkan images.

Google sangat menyukai mana2 post yang kita sendiri yang tulis dan bukan main copy paste blog orang lain. Lagi fresh lagi pakcik Google suka. Tu yang pak aji suka tu.

Kadang-kadang kita perlu banyak bersabar dalam permainan SEO ni. Ianya akan memakan masa supaya post anda akan diindex oleh pakcik Google. Hasil kesabaran ini lah hasilnya :


Pencarian melalui "Images" di Google menduduki tempat pertama (Front Page)



Pencarian melalui "Web" di Google menduduki tempat ke 30 daripada 1,230,000 page (Third Page)




Jangan terlalu ghairah jika blog kita tersenarai di front page Google, kadang2 kita di muka depan dan kadang2 di muka belakang. Ibarat roda dlm kehidupan. Segala penulisan post ini datangnya daripada pengalaman aku sendiri dan aku sendiri pun masih belajar selok-belok tentang SEO. Akhir kata, happy blogging. Kita jumpa lagi...dan jangan lupa untuk ziarah website aku yang kedua hasil kerja tangan aku sendiri KLIK SINI utk lihat. 

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...