Hamil Bukan Sebarang Hamil, Wanita 'Hamil' Tin Susu

Kuantan – Rahsia seorang wanita mengandung yang keluar masuk sebuah pasar raya di Jalan Gambang, dekat sini, terbongkar apabila dia didapati sedang ‘hamil’ tin susu curi, kelmarin. Gambar fail.

Lebih mengejutkan, penyelia wanita pasar raya terbabit yang juga pengadu mendakwa, dalam kejadian itu, sebanyak 308 tin susu berharga kira-kira RM6,000 lesap dipercayai angkara suspek dan kumpulannya.

Cubaan menahan wanita itu gagal apabila beberapa lelaki dipercayai rakan subahatnya campur tangan sehingga berlaku pertengkaran sebelum mereka larikan diri dengan dua kereta.

Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, pengadu berusia 31 tahun dakwa 10 orang, terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita, dengan seorang daripada mereka berlagak hamil.

Menurutnya, sebelum kejadian, penyelia itu sudah perhatikan suspek bersama sembilan rakannya ketika masuk premis kira-kira jam 10.50 pagi.

“Mondus Operandi (MO) digunakan kumpulan itu agak licik sehingga nyaris mengaburi mata pekerja premis terbabit.

“Mereka berlagak seperti pelanggan dengan membawa bakul sambil berlegar-legar dalam premis berkenaan manakala perempuan mengandung itu sibuk memilih susu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, bagaimanapun tindak tanduk wanita itu yang keluar masuk premis beberapa kali tanpa membeli barangan menimbulkan syak penyelia terbabit sebelum mengarahkan pekerjanya membuat pemeriksaan.

“Hasil pemerhatian seorang pekerja mendapati wanita itu cuba menyorok beberapa tin susu tepung ke dalam bajunya sebelum keluar dan masuk kembali.

“Pengadu bertindak menahan wanita itu ketika cuba keluar daripada pasar raya itu, bagaimanapun suspek bertindak agresif dengan menolak penyelia itu hingga cermin matanya jatuh,” katanya.

Menurutnya, suspek turut memijak cermin mata pengadu hingga pecah lalu tercetus pertengkaran.

”Beberapa lelaki tampil campur tangan apabila cuba mempertahankan perempuan mengandung itu sambil menghamburkan kata-kata kesat kepada penyelia terbabit,” katanya.

Beliau berkata, menyedari perbuatan jenayah mereka terbongkar, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki dua kereta.

”Polis percaya kumpulan penyamun terbabit menggunakan taktik wanita mengandung bagi mengaburi mata orang awam sebelum melakukan jenayah.

”Polis kini sedang memburu semua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. -SH

Note :
Yang pulak video perempuan mencuri susu (agaknya lah) di pasar raya. Manakala suaminya buat cover line. Walau bagaimana pun video tersebut tiada kaitan dengan entri yg aku post kan. Saksikanlah video kat bawah ni.


6 comments:

  1. pernah tengok video neh..apelah nak jadi dunia sekarang ni ye

    ReplyDelete
  2. ermmm... duit tu bagi makan kat anak2 plak, sbb tu anak2 pijak kepala mak bapak depa balik sbb bg mkn duit haram!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. macam macam jadi..bila terdesak. nak salah kan siapa..hukum tuhan tak nak ikut.

    ReplyDelete
  5. maaf semua, gue di kg ni ada urusan kenduri adik ipar, bz sikit

    ReplyDelete
  6. ada jugak orang yang macam ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...