LAWAK : Malas Ke Sekolah

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim adalah PENGETUA SEKOLAH!!!

Baca Lawak Seterusnya Di Sini : http://www.izzafey.ws/ceritalucu

5 comments:

  1. Bhahaha..ingatkan Salim ni pelajar sekolah

    ReplyDelete
  2. haha...apa la cite tu.lawak gile.tp gmbo tu mcm x ssuai je..

    ReplyDelete
  3. http://menarikpunyaqlate.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. hahaha...saya fikirkan c Salim nie pelajar rupa'y...Pengetua Sekolah..hahahakekkeke.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...