Selamat Hari Bapa

Setiap bulan Jun minggu ke tiga kita menyambut hari bapa. Pada hari ini 19 Jun 2011 adalah hari bapa. Buat abah, En. Ashaari Majid saya ucapkan selamat hari bapa. Semoga Allah taala memberikan kesihatan dan memanjangkan usia mu. Dan tak lupa juga insan bernama Hassan Abd. Ghani a.k.a bapa mertua.

Kepada bapa-bapa di luar sana saya juga ucapkan selamat hari bapa. Semoga kalian menjadi bapa yang terbaik dan mampu mentadbir keluarga ke jalan yang diredai Allah. Kini anak sulungku (lihat gambar) masih tak wish hari bapa kepada aku kerana budak tu masih kecil lagi 1tahun 10bulan.

Menurut wikipedia Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.

Note : Every day is father's day

2 comments:

  1. nice entri dari seorang yang bergelar bapa :)

    ReplyDelete
  2. @arfah Tq for support, korang bila nk jadi mak? ke belum kawin lg?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...