Zami Ismail a.k.a Pak Uda Meninggal Dunia

zami ismail meninggal dunia19 Jun 2011, cuaca gelap di kawasan tempatan Kuala Lumpur pagi ini sebagai petanda kehilangan seorang tokoh pelakon dan artis yang sangat dikenali ramai Zami Ismail. Beliau telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi tadi. Pelakon yang terkenal dalam siri sitkom Pi Mai Pi Tang Tu dan beberapa buah filem seperti Roda-Roda, Mat Som dan banyak lagi, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru. Al-Fatihah.

Pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.30 pagi sebentar tadi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara. Al-fatihah buat arwah. Berita kematian arwah dimaklumkan oleh salah seorang rakan artis kepada kami.

Arwah meninggal selepas beberapa minggu berada di hospital akibat sakit yang kuat. Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar arwah aman di alam sana dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amin…sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah…

Note :

Aku meminati lakonan arwah sejak kecil lagi, tambah-tambah lagi sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, memang tak pernah mis cerita tu.

Filem terakhir yang aku lihat Zami Ismail ialah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, tak tahu la ada lagi filem selepas tu. Semoga arwah dicucuri rahmah. Al-fatihah.

Perlu ingat, selepas mati terputuslah hubungan anak Adam kecuali 3 perkara, ilmu yang berguna, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.

1 comment:

  1. takziah dan al-Fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...