Menulis Entri Blog Dalam Masa 30minit


Bagi pemilik blog, menerbitkan entri secara konsisten dapat memberikan pelbagai keuntungan jangka masa panjang. Antaranya adalah:

* Meningkatkan jumlah pembaca.
* Menjenamakan blog
* Melatih diri untuk menulis lebih baik
* Meyakinkan pihak pengiklan untuk beriklan di blog

Namun kajian di Problogger.net mendapati, masalah yang menyebabkan blog-blog tidak dikemaskini untuk jangka masa yang lama, adalah berpunca daripada kekurangan idea untuk menerbitkan entri.

Kekurangan idea ini didorong oleh beberapa faktor seperti virus ‘writers block’, dimana penulis menghadapi kesukaran untuk menjana idea-idea, bagi menulis entri di blog-blog mereka, meskipun mereka sudah berada di hadapan komputer selama beberapa jam, untuk mencari sumber idea.

Tulis Banyak Entri, Dalam Masa 30 Minit… Atau Kurang
Terdapat satu strategi yang dikongsikan oleh penulis undangan Copyblogger, iaitu Jim Estill, jika kita mahu menulis entri-entri blog, yang memenuhi kehendak pembaca dengan pantas.

Strategi yang ditunjukkan beliau adalah fleksibel, dan memberikan hasil yang memuaskan. Strategi ini juga membantu Jim untuk menerbitkan entri yang mengandungi beribu patah perkataan, dalam masa 20 minit.

Namun bagi si pemula, ia mungkin mengambil masa yang sedikit lama berbanding Jim. Berikut adalah 5 langkah yang boleh kita gunakan.

Langkah #1 – Beli Buku Idea, Catit Idea Setiap Masa
Otak kita dikurniakan oleh tuhan, untuk berada dalam keadaan aktif setiap masa, meskipun ketika kita sedang tidur. Setiap seorang di antara kita, pasti pernah mengalami pengalaman munculnya idea-idea menarik, ketika sedang berjalan-jalan, memandu, mahupun ketika melelapkan mata.

Idea-idea tersebut boleh digunakan untuk entri blog kita. Di sini dapat kita lihat betapa pentingnya mempunyai buku idea, yakni buku catatan. Apa yang perlu kita lakukan adalah:

* Catit idea tersebut.
* Jadikan ia sebagai entri blog.

Dengan wujudnya gajet-gajet lain seperti iPhone, Blackberry dan sebagainya, ia menjadikan idea kita lebih mudah untuk dicatit.

Langkah #2 – Keep It Simple Smarty (KISS)
Seringkali idea penulis akan tersekat, kerana terlalu memikirkan isi kandungan idea mereka. Perkara ini juga biasa terjadi dalam dunia blog. Kajian menunjukkan 90% blogger tidak menerbitkan entri-entri mereka, kerana bersifat ragu-ragu terhadap penyampaian idea mereka.

Soalan-soalan seperti, “Adakah idea ini menarik?”, “Bagaimana jika pembaca tidak suka entri ini?” dan sebagainya harus diketepikan. Ini kerana soalan-soalan tersebut akan mewujudkan perasaan negatif, terhadap diri kita. Seterusnya menghalang kita untuk menerbitkan entri blog.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mengamalkan konsep KISS (Keep It Simple Smarty), iaitu bertindak seperti 3 langkah berikut:

* Dapatkan idea, kemudian tulis.
* Terbitkan entri.
* Ulang semula langkah 1 dan 2.


Langkah #3 – Guna Mantra Bullet Point
Entri-entri yang mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca, adalah entri berbentuk bullet point. Menurut Michael Dunlop, majoriti pembaca di blog beliau lebih gemar membaca entri-entri berbentuk bullet point. Ini dapat dilihat menerusi statistik blog yang dicatit pada setiap bulan.

Entri-entri bullet point seperti ‘7 Sebab Blogging Bukan Untuk Anda’, ‘5 Prinsip Asas Bisnes Orang Cina Yang Wajar Ditiru’ dan ‘5 Teknik Tingkatkan Kredibiliti Sebagai Seorang Penulis Blog’ dapat membantu pembaca untuk membaca entri tersebut dengan lebih mudah.

Tentang Penulis:
Aqif Azizan merupakan usahawan internet dan penulis sepenuh masa. Beliau kini bertugas sebagai Content Developer & Business Manager di Flarebiz Network, sebuah syarikat teknologi maklumat yang dipelopori oleh usahawan muda.
-aqifazizan-

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...