Kisah Ashley Qualls

Hari ini saya ingin berkongsi kisah seorang remaja perempuan yang telah berjaya dalam perniagaan internet. Siapa kata internet tak boleh buat duit??

Hari ini saya nak kongsi satu kisah hidup bagaimana seorang budak “mentah” bernama Ashley Qualls yang merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu http://www.whateverlife.com/

Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.

Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-layout hasil ciptaan beliau.

Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja pengguna MySpace seluruh dunia.

Masa pun berlalau. Tahun 2007 – Iaitu setelah lebih 3 tahun http://www.whateverlife.com/ beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! WOW!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut.

Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000 sebulan. Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-limpah tersebut?

Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti Adsense, Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang terpapar di laman web beliau.

Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?

Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada harga USD$1.5 Juta.

Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain. Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?

1. Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda

2. Jadi pakar atas apa yang anda lakukan

3. Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya kepada sumber keuntungan

4. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar

5. Jadi diri anda sendiri FIKIR-FIKIR-masterarsyad-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...