Akhirnya Dapat Pindah Ke Kelantan.

egtukar
Alhamdulillah dan sujud syukur kepada Ilahi dengan iziNya akhirnya dapat bertukar ke Kelantan melalui semakan online e-gtukar. Sudah 7 tahun lebih aku berkhidmat di negeri Sarawak sebagai guru di Sek. Men. Teknik Sejingkat mengajar subjek Peng. Kej. Elektrik dan Lukisan Kejuruteraan.

Sebenarnya tidak terlintas langsung di kepala otak aku untuk dapat pindah ke Kelantan. Semua guru lain tentu tahu, nak bertukar ke Kelantan amat lah susah kalo tak de kabel, bukan kabel elektrik la. Kalo guna kabel tak sampai setahun boleh pindah masuk ke Kelantan. Aku tak guna pun kabel macam orang lain guna. Aku hanya guna 1 kabel sahaja iaitu bermohon kepada Allah. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan permohonan aku. Terima Kasih Allah.

Sebenarnya nak masuk Kelantan bukan senang. Ia penuh berliku macam jalan raya yang selalu org drift. Apa yg aku tahu tahun ni ada 200 org lebih guru berjaya bertukar ke Kelantan melalui semakan online 10 November 2011. Malangnya pada 14 November 2011 seramai 178 daripada 200 lebih org guru tadi tidak berjaya bertukar, asalnya berjaya tapi last-last tidak berjaya. Bila dia org siasat, masing2 KPM dan JPN Negeri tidak mengaku bersalah.

Alhamdulillah so far semakan online aku masih mengatakan aku berjaya bertukar ke Kelantan. Walau bagaimanapun aku tidak berpuas hati kerana sehingga 18 November 2011 aku masih tidak menerima surat rasmi daripada JPN Kelantan. Berikut adalah sedikit kisah perjalanan aku yang penuh berliku aku akan kongsikan kepada bakal2 guru yang akan berpindah ke Kelantan untuk sesi Jun 2012 dan 1 Januari 2013 yang akan datang :

17 November 2011
Aku menghubungi JPN Kelantan (09-7418096) untuk memastikan sama ada nama aku ada atau tidak dalam senarai yang akan bertukar ke Kelantan. Pihak JPN Kelantan melayan aku ala kadar je. Mereka suruh aku bersabar kerana surat rasmi pertukaran telah pun dipos.

19 November 2011
Semua rakan aku telah pun menerima surat rasmi daripada JPN masing2. Tunggu punya tunggu surat rasmi tersebut masih belum sampai. Lantas aku dan anak-isteri pulang ke Kelantan untuk pergi secara direct ke JPN Kelantan.

22 November 2011
Aku pergi ke JPN Kelantan buat pertama kalinya untuk bertemu pihak berkenaan iaitu En. Raja Anoro. Aku pun tanya la kenapa surat rasmi aku masih tak sampai. Kemudian beliau membuat semakan dalam senarai yang berjaya bertukar ke Kelantan. Malangnya nama aku memang tiada dalam senarai 53 orang guru yang berjaya bertukar walhal semakan online masih mengatakan aku berjaya. Kenapa nama aku tak ada? sebab pihak Bhgn. Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) tidak memberikan Transfer Order aku kepada pihak JPN Kelantan. So, aku kena hubungi pihak BPTV untuk mendapat penjelasan tentang transfer order aku.

23 November 2011
Menghubungi pihak BPTV En Zahid (0388845075). En Zahid kata, dia telah pun berikan transfer order aku kepada JPN Kelantan pada mesyuarat pertukaran guru di KL. Aku tak kisah lah pasal tu, kemudian aku minta En Zahid faks kan transfer order aku ke JPN Kelantan.

24 November 2011
Menelefon JPN Kelantan untuk bertanyakan perkembangan. Maklum balasnya, pihak JPN Kelantan bg tau aku bahawa pihak masih belum menerima transfer order aku. Aku naik heran kenapa masih tak sampai sedangkan En Zahid (BPTV) telah pun faks dan follow up JPN Kelantan transfer order aku. Aik pihak JPN Kelantan mcm nak main silap mata dengan aku. Takpe, aku masih boleh bersabar. Dengan persaan malu, aku call semula En Zahid supaya faks semula benda tu buat kali ke-2. Akhirnya beliau pun buat.

28 November 2011
Pihak JPN Kelantan bg tau aku, transfer order aku telah pun diterima dan sudah di memo kan. Baru lega sikit hati aku. Dah 2 kali faks baru terima. Macam cerita Labu Labi.

29 November 2011
Pihak BPTV, En Khidir sudah tau masalah pertukaran aku. Beliau menasihatkan aku supaya jangan kacau urusan JPN Kelantan, biar beliau berurusan dan membuat follow up dengan JPN Kelantan agar proses pertukaran aku dipercepatkan. Beliau juga bg tau aku, pihak JPN Kelantan akan mengeluarkan surat pertukaran aku selewat-lewat 16 Disember 2011.

12 Disember 2011
Pihak sekolah lama aku SMT Sejingkat menghubungi aku bahawa surat rasmi pertukaran ke Kelantan telah pun ada kat sana. Alhamdulillah, sampai juga surat tu. Hmm sekolah baru aku ialah ada di sekitar kawasan Gua Musang, Kelantan. Tak perlu rasanya aku bg tau nama sekolah baru aku.

13 Disember 2011
Aku ditemani sekeluarga pergi ke sekolah baru untuk melapor diri. Tak pe awal pun kira ok la, sebab dlm surat tu menyatakan aku akan berkhidmat di sana pada 1 Januari 2012. Alhamdulillah sekolah baru tu tak la pendalaman sangat cuma 40km ke Gua Musang dan 60km ke Kuala Krai.

16 Disember 2011
aku dan anak-isteri pulang semula Kuching, Sarawak untuk mengemas barang-barang untuk proses penghantaran ke Kelantan menggunakan kontena.

Note :

Terima kasih aku ucapkan kepada En Raja Anoro (JPN Kelantan), En Zahid dan En Khidir (BPTV) kerana banyak membantu aku. Antara kesimpulan dan pengajaran yang aku nak kongsikan korang terutama bakal guru yang akan bertukar ialah :

1. Jangan terlalu ghairah dan gembira dengan keputusan semakan online sekiranya korang berjaya, kerana ia tidak menjaminkan apa2 selagi tak terima surat rasmi daripada JPN negeri yang dipohon. Surat rasmi tu lagi penting daripada keputusan semakan online.

2. Kalo korang berjaya bertukar, pastikan korang hubungi dengan JPN negeri untuk pastikan nama korang ada kat JPN negeri tersebut. Sebab ada kes, nama orang yang berjaya telah dipotong oleh pihak tertentu di saat akhir, ni macam berkaitan dengan kabel dan kepentingan kroni2.

3. Kalo surat rasmi lambat sampai, pastikan korang follow up dengan JPN negeri yang dipohon dan jangan sesekali naik angin tak menentu ketika berurusan dengan JPN negeri. Korang layan la mereka dengan baik dan banyak2 bersabar.

4. Banyak2 berdoa, supaya Allah mempercepatkan urusan. DIA lah yang merancang yang terbaik untuk korang dan kita semua.

Akhir kata, selamat bertukar ke negeri masing2. Jika ada salah tutur kata, sila beri maklum balas. Sekian, terima kasih. Selalu2 jengok kat blog aku yg tak seberapa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...