Tips akhirat untuk blogger & facebooker

Menumpang dunia ciptaan Tuhan seumpama persediaan menuju ke alam kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka landasan hidup di dunia kini harus diserasikan dengan kehendak ‘tuan’ yang menciptakan dunia ini, iaitu Allah SWT.

Firman Allah Allah
(al-Quran surah al-Ankabut ayat 57)





Bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”


Justeru setiap daripada kita harus ingat apa sahaja yang kita buat di dunia ini, natijahnya tidak putus setakat dunia sahaja, tetapi akan dibawa ke akhirat. Maka sesuatu yang kita buat itu hendaklah serupa dengan apa yang Tuhan suruh dan tidak bersifat menderhaka kepada ‘tuan dunia ini’ (Allah SWT).

Firman Allah (al-Quran surah al-Mulk ayat 2)



Bermaksud: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun.

Namun berapa ramai kalangan kita mengingati, bahawa kehidupan ini dan kematian kelak sebagai ujian yang perlu kita lulus sebelum kita berdepan dengan Allah di akhirat? Persoalan ini adalah asas kehidupan manusia. Ia perlu dijadikan prinsip kita sepanjang hidup di dunia ini. Walaupun kita sekarang berdepan dengan segala macam perkembangan baru, termasuk bidang kemajuan maklumat seperti yang kita alami sekarang. Hakikat inilah, dunia blog dan facebook atau apa-apa nama lagi yang menjadi landasan penyebaran maklumat alam siber, kita harus serasikan dengan prinsip hidup berteraskan kehendak Allah.

Oleh kerana itu, tugas blogger dan facebooker sama juga tugas wartawan, penulis dan guru, iaitu mendidik dan membentuk pemikiran ummah. Tugas mendidik dan membentuk pemikiran ummah ini merupakan tugas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka sesiapa yang menyambung tugas nabi, insya-Allah ia mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWt.

Suatu peringatan

Seseorang blogger dan facebooker itu janganlah salah gunakan atas kepakaran ilmu yang kita ada. Seumpama budak yang baru pandai naik basikal. Ke mana sahaja mahu naik basikal, termasuk ke tempat yang tak munasabah berbasikal, atau ke tempat yang tak sepatut berbasikal dia juga akan berbasikal. Maka atas sifat menggunakan ilmu yang kita ada menerusi hujung jari, gunalah hujung jari itu dengan hikmah. Tidaklah kita nak tulis apa saja sehingga menyentuh sentimen yang memudharatkan orang lain. Maknanya kita tak boleh ikut sedap kita sahaja. Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak: “berdepan dengan kematian, maka di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.”

Justeru itu perbetulkan perjalanan kita, cara perbetul itu sebagaimana panduan daripada firman Allah SWT (al-Quran surah al-Fatihah ayat 6-7):


Bermaksud: “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

Ini bermakna, apa yang perlu kita amalkan ialah kita kena sentiasa melakukan kebaikan (menulis apa-apa isu) dengan cetusan hati, “Ya Allah, pimpinlah kami agar sentiasa mengikut jalan yang betul, iaitu jalan yang engkau kurniakan nikmat––syurga.”

Ini suatu tuntutan untuk kita semua, atas tujuan kita dijadikan Allah sebagai penyampai dakwah Islamiah, maka harapan saya berpeganglah kepada amanah Allah agar kita semua ini, blogger dan facebooker dapat berkerjasama menyebar Islam demi kebaikan ummah.

2 comments:

  1. setuju sangat....mmg kita perlu tetapkan dan betulkan niat dalam apa jua yg kita lakukan...sebabnya TUJUAN hidup kita adalah satu iaitu MATI masuk syurga...

    terima kasih atas peringatan dan perkongsian ini

    ReplyDelete
  2. yer...mati itu bkn pengakhiran segalanya...tapi permulaan bagi segalanya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...