Cikgu Shida : Gila-gila Atau Cikgu Gila?

cikgu-shidaBOTA: Siapa sangka, daripada hanya guru biasa di sekolah luar bandar, seorang wanita tempatan meraih populariti lebih sejuta pengunjung laman web sosial (Youtube dan Facebook) dari seluruh dunia melalui klip video miming ‘gila-gila’ yang diciptanya.

Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Shida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.

Cikgu Shida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, berkata minatnya bermula dengan niat suka-suka berbekalkan kamera dan komputer yang dibeli 10 tahun lalu.

cikgu-shida
“Semuanya bermula apabila timbul hasrat membuat miming lagu ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.

“Namun percubaan itu dibalas dengan kata-kata cerca dan hinaan. Lebih teruk, ada yang menuduh saya gila dan sakit mental kerana menghasilkan klip video itu,” kata guru Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang di Bota Kiri, di sini, ketika ditemui Metro Ahad.

Menurut Cikgu Shida, kata-kata kesat terbabit bukan hanya dilontarkan oleh kenalan dan rakan, malah turut dikirim puluhan pelayar di Internet.

“Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet,” kata guru Bahasa Inggeris itu.

Menceritakan pengalaman klip video pertamanya, dia mendakwa pernah merah muka dan menahan malu apabila rakaman itu dimuat turun daripada Internet dan ditayangkan ketika majlis alumni sekolah, hari raya lalu.

“Pada masa itu saya fikir nak sorok muka bawah meja kerana terlalu malu dan bimbang dikutuk rakan.

“Namun ia bertukar gembira apabila rakan memberi tepukan gemuruh dan kata-kata perangsang untuk meneruskan hobi itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Parit, di sini.

Anak kedua daripada lima beradik itu juga berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan minatnya kerana sudah ‘masak’ dan faham perangai gila-gilanya.

“Rakan sejawat turut faham minat dan kecenderungan saya yang gemar mencuba dan mencari kelainan. Saya anggap ia satu hiburan bagi membuat orang tertarik dan tersenyum,” katanya.

Dia yang juga anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, berkata membesar dalam lingkungan adik beradik lelaki menyebabkan jiwanya lebih kental dan mampu menyerap tekanan.

“Saya seronok melihat diri sendiri beraksi dengan pelbagai gaya muka, ditambah dengan solekan dan alatan tambahan seperti songkok dan baju Melayu yang dipinjam daripada adik-beradik lain.

“Niat saya bukan untuk menarik publisiti murahan tapi lebih kepada memberi hiburan kepada orang ramai melalui kelainan tersendiri,” katanya.

Ternyata percubaan luar biasa itu melonjakkan namanya sebagai ‘artis’ baru paling terkenal di Internet dan berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.

“Yang saya tahu, sejuta pelayar Internet melihat klip video saya yang mula dimuat turun empat bulan lalu.

“Malah, klip video miming saya itu turut menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan termasuk dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia melalui ‘Fan Page’ (laman peminat) yang dibina dua bulan lalu,” kata Cikgu Shida.

Note :
Tahniah Cikgu Shida, mungkin ini caranya untuk anda berkarya. Namun begitu aku respek juga kat cikgu ni sebab dia pandai menjaga aurat. Semoga anda sukses. Berikut adalah beberapa klip video cikgu shida di youtube (Dah 1 Juta orang views), semoga pembaca budiman terhibur.

Klip Video Miming







Temu Ramah Bersama Faizal Ismail



Temu Ramah Bersama Datuk Siti Nurhaliza

3 comments:

  1. bila org melayu, pas2, perempuan lak 2 yg wat mcm2 ni, mcm2 kena kutuk. ciap kena pangkah lg.. tp, bila bangsa lain buat, leh lak support? biar jela Cukgu Shida gn cara dia. jnji dia heppy.. daripada mgata kt dia, lbih baik diam je.. kang, dosa je yg bertambah... huhuhuh..
    pendapat CG la..

    http://kisahlifesaya.blogspot.com/2011/04/pelajar-bercakap-lucah-dengan-guru.html

    ReplyDelete
  2. la...ni kes ingat org yg tegur dan tak setuju tu...dengki bangsa Melayu la ni? Kalau benda tu betul...ramai orang tiru , nak. Guru2 besar pun bagi galakan pd cikgu mereka... bercambah2 video cikgu miming dlm yputube..ada ke? ada?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...