Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik



Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.


“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Daudsu Minta Maaf

red worriors kalah piala FA 2011WAJAH kecewa pemain-pemain Kelantan selepas pasukan itu tewas 1-2 kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

"MAAFKAN saya."Itu luah pemain pertahan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang menjadi mangsa kritikan segelintir pihak kerana menjaringkan gol sendiri sehingga mengundang kekalahan 1-2 kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Terengganu Juara Piala FA 2011

terangganu juara FA
KUALA LUMPUR: Terengganu menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 selepas permainan berlarutan dalam masa tambahan.

Perlawanan sebelum itu terikat 1-1 dengan Kelantan mendahului menerusi gol Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum gol sendiri oleh Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan. -BHarian

Note : Aku sedih gak pasukan aku pilihan aku kalah. Syabas Terengganu.

Kelantan Hampiri Gelaran Liga

KUALA TERENGGANU - Kelantan terus mengorak langkah besar untuk memburu kejuaraan Liga Super buat kali pertama selepas mengecewakan Terengganu 3-0 di gelanggang lawan pada ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan.

Malah, kemenangan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin semalam memberi kelebihan psikologi buat skuad bimbingan Datuk M. Karathu menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Bukit Jalil, Sabtu ini.

Malaysia Belasah Pakistan

nakaysia+pakistanMALAYSIA perlu mencatat kemenangan besar ke atas Pakistan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam ini (23 Feb 2011).

Hanya dengan cara ini sahaja skuad negara akan memperoleh bekalan selesa untuk menghadapi aksi kedua di Lahore pada 9 Mac ini.

SAH Safee Sali Sertai Kelab Indonesia

Jakarta — Penyerang gempal yang memperkuat pasukan nasional Malaysia semasa kejayaan merangkul gelaran juara dalam pertandingan bolasepak AFF 2010, Mohd Safee Bin Mohd Sali, dengan rasmi menyertai kelab Pelita Jaya, Karawang Indonesia, demikian lapor kompas.com.

Safee yang juga merupakan penjaring gol terbanyak pada AFF 2010 tersebut telah mengikat kontrak dengan Pelita selama satu tahun. "Safee rasmi tanggal 2 Februari lalu. Namun, dia belum dapat bergabung kerana masih perlu bermain untuk kelabnya, Selangor FC, pada 12 nanti. Dua hari kemudian, dia baru ke Jakarta," ujar Pengarah Kelab Teknik Pelita Rahim Soekasah ketika dihubungi wartawan, Isnin (7/2/2011).

Kelantan Juara Piala Sumbangsih Buat Kali Pertama

SHAH ALAM - Kelantan mencipta satu lagi sejarah bola sepak tempatan apabila menjulang trofi Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama dengan mengejutkan penyandang juara, Selangor 2-0 dalam Perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, semalam.

Kemenangan bersejarah itu pastinya menjadi hadiah istimewa buat bekas jurulatih B.Sathianathan yang digantung, selain penghijrahan lima tonggak utama mereka yang menjulang Piala Malaysia musim lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...