Subhanallah : Kisah Lelaki Cintakan Masjid


Tiba-tiba saja sya teringatkan arwah kawan sya. Dia seorang yg biasa-biasa saja. Perwatakannya biasa-biasa saja. Pakaiannya biasa-biasa saja. Pergaulannya, penampilannya dan serba-serbi tentangnya adalah biasa-biasa saja.

Yang luar biasanya ialah tentang solat. Dia sangat istiqomah dalam solat berjmaah di masjid / surau. Belum lagi masuk waktu solat, dia sudah bersedia menunggu di masjid.

Kalau mesyuarat panjang sangat, dia tidak selesa dan gelisah apabila hampir masuk waktu solat fardhu tapi mesyuarat masih diteruskan seperti biasa. Akhirnya dia keluar senyap-senyap untuk pergi menunaikan solat berjemaah.

Bila dalam kenderaan dia selalu ingatkan saya agar singgah di mana-mana  masjid utk solat fardhu berjemaah. Bila ada jamuan, dia akan elakkan makan kecuali setelah selesai solat fardhu berjemaah.

Pendek kata dalam semua hal dia akan pilih untuk solat fardhu berjemaah di masjid / surau terlebih dahulu sekiranya majlis yg dihadiri bertembung dengan masa solat.

Bila dia dijemput menemui ALLAH, masjid jugalah tempat yg terakhir jenazahnya singgah sebelum dikebumikan.

Subhanallah.... Kerana cintanya pada masjid dan solat jemaah, ALLAH telah memuliakan jenazahnya dengan bilangan jemaah yang sangat ramai datang untuk menyembahyangkan jenazahnya.

Ya ALLAH saya spt terdengar suara dan tawanya. Ya ALLAH saya ingin menjadi sepertinya. Menjadi cinta dan kasih pd masjid dan solat berjemaah..... Berilah kekuatan, peluang, ruang & istiqomah pd saya ya ALLAH agar menjadi lelaki yg cinta dan kasih pada masjid dan solat jemaah.

Note :

Rasulullah sendiri tak pernah sembahyang fardu di rumah. Baginda sentiasa sembahyang berjemaah di masjid kecuali di medan perang.

Sumber : Sahabat saya Hj Yasmin Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...