Warren Buffett : Tips Untuk Kaya dan Berjaya




1. Dalam Pendapatan:
"Jangan sekali-kali bergantung kepada pendapatan tunggal. Buat lah pelaburan untuk mewujudkan satu sumber kedua ".

Arwah atuk saya sentiasa berpesan,mempunyai hanya 1 pendapatan tunggal tidak hanya berbahaya, tetapi juga cara perlahan mengumpul kekayaan. Pendapatan tunggal juga salah satu daripada takrif risiko. "Risiko- mempunyai hanya satu pendapatan tunggal". Kerana kita tidak tahu apa masa depan, jika berlaku musibah sumber pendapatan anda dalam bahaya atau hilang, ia akan menjadi sangat sukar untuk mencari sumber lain.


2. Dalam Berbelanja:
"Jika kamu membeli perkara yang kamu tidak perlukan, lambat laun kamu terpaksa menjual perkara yang kamu perlukan."

Disiplin adalah kunci. Jangan membeli perkara yang anda tidak perlu. Contoh: menaiki kapal terbang, apakah perbezaan antara kelas perniagaan dan kelas ekonomi? Adakah anda benar-benar perlu menghabiskan begitu banyak bagi perbezaan itu? Adakah anda benar-benar perlu untuk membeli pakaian berjenama hanya untuk kelihatan cantik? Adakah benda yang anda rancang untuk membeli itu suatu keperluan? Sekali lagi, hidup mudah. Ia tidak buruk untuk membeli barang yang mahal asalkan ia mempunyai penggunaannya.


3. Dalam Menyimpan:
"Jangan kamu menyimpan selepas berbelanja, tetapi berbelanja lah setelah kamu menyimpan."

Ini adalah tabiat bagaimana anda membuat bajet kewangan anda. Utamakan simpanan anda terlebih dahulu sebelum apa-apa perbelanjaan.

Formula Buruk: Pendapatan - Belanja = Simpanan
Formula Terbaik: Pendapatan - Simpanan = Belanja

Kebanyakan orang menyimpan hanya selepas apa yang tinggal pada akhir bulan, tabiat ini adalah salah.Simpanan perlu menjadi sebahagian daripada bajet kewangan anda, bukan menyimpan apa yang berbaki.


4. Dalam Mengambil Risiko :
"Jangan sekali - kali menguji kedalaman sungai dengan kedua-dua belah kaki kamu."

Jangan gunakan semua sumber yang anda ada dalam menguruskan risiko atau anda mungkin kehilangan segala-galanya. Gunakan sebahagian sahaja daripada sumber anda untuk diletakkan pada risiko,bahagian yang anda boleh hadapi jika anda sanggup mengambil risiko kehilangan.


5. Dalam Pelaburan:
"Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul".

Pastikan anda mempunyai portfolio yang dipelbagaikan. Memasukkannya ke dalam satu jenis pelaburan adalah berisiko, sebaliknya jika anda pelbagaikan porfolio anda ianya boleh imbangi pulangan pelaburan anda.


6. Dalam Pengharapan :
"Kejujuran adalah satu anugerah yang Mahal, jangan mengharap daripada orang biasa."

Jangan mengharapkan terlalu banyak dari perkara yang mudah. Buatlah jangkaan yang munasabah kerana kadangkala ia mungkin melemahkan kuasa anda jika pulangannya adalah tidak seperti apa yang anda jangkakan.

Warren Buffett, Tips dan Petua, Cara untuk kaya, Motivasi
Sumber : Facebook

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...