Kisah Kucing Dipotong Kakinya Kerana Mencuri Ikan

Kisah seekor kucing yang dipotong kedua belah kaki hadapannya oleh “seekor manusia” (atau layakkah digelar manusia) kerana dipercayai mencuri ikan di sebuah restoran.

Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. Korang boleh bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu.

Sedangkan jari kita terluka terkena pisau pun, pedihnya bisa buat tak karuan seketika, inikan pula dipotong kakinya dalam keadaan hidup-hidup.

Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh.

Kini setelah 6 tahun berlalu, kucing yang diberi nama Hero itu telah pulih sepenuhnya. Hero mampu berjalan dan melompat walaupun kudung kedua kaki depannya. Melihat ketabahan Hero, timbul rasa simpati.

Sampai hati betul “seekor manusia” itu sanggup memotong kaki Hero.

Hairey atau kini mahu digelar Papa Hero turut berkongsi pengalamannya membela Hero dan juga kucing-kucing lain di blognya – kakimotong.blogpot.com

Papa Hero juga turut memuat naik video-video aksi Hero dan kucing lain di youtube.

Video di bawah menceritakan serba sedikit tentang Hero – kucing yang dipotong kaki. -penyubiru






1 comment:

  1. bangang betol la sape yg potong kaki kucing tu..haissh! kne bg dia diet sket ea ksian nnt tak larat bawak badan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...