Kata-kata Hikmah Untuk Panduan

"Perjuangan Memakan Masa Yang Panjang. Kadang Kala Ia Akan Diperolehi Apabila Kita Sudah Mati...Justeru, Teruskan Perjuangan!!" (Yasser Arafat)


"Kemerdekaan Yang Terbaik Ialah Membebaskan Pemikiran Kita Daripada Dikuasai Oleh Orang Lain" (Ali Shariati)


"Agar Hum Hamari Ghaltiyon Ko Maan Na Nahi Chahte, Is Se Or Zilat Barkar Nahi He" (Tiada Cemar Yang Lebih Buruk Daripada Keengganan Mengakui Kesilapan Diri Sendiri) (Mahatma Ghandi, 2 Okt 1869 – 30 Jan 1948)


"Kalau Kamu Menjadi Pohon Kayu, Jadilah Pohon Kayu Yang Tumbuh Gagah Di Rimba, Di Mana Hidupnya Sentiasa Bersaing Dan Berjuang Dengan Pohon-Pohon Lain Untuk Mendapat Tempat Yang Kukuh Dan Terjamin. Kalau Kita Menjadi Sekuntum Bunga, Biarlah Dapat Menghiasi Sanggul Gadis Remaja. Kalau Ingin Menjadi Sebutir Bintang, Jadilah Sebutir Bintang Timur Yang Boleh Menentu Arah Perjalanan".(Pendita Zaaba)


"Kesilapan Orang Muda Ialah Mereka Berpendapat Yang Kebijaksanaan Itu Tidak Memerlukan Pengalaman. Sementara Kesilapan Orang Tua Adalah Kerana Mereka Berpendapat Yang Pengalaman Itu Tidak Memerlukan Kebijaksanaan"..(George Bernard Shaw)


"Don’t You Ask What Country Can Do For You, But You Ask What You Can Do For Your Country" (John F. Kennedy)


"Peliharalah Selalu Bahteramu, Kerana Gelombang Lautan Itu Sangat Dalam Dan Bergelora". (Al-Maududi)


"Orang Yang Mudah Mengaku Kalah Ialah Orang Yang Mati Sebelum Mati" (Malik Shabbaz)


Pepatah Belanda:
“Jika Kita Ingin Menikmati Kejayaan Dalam Masa Satu Tahun, Cukuplah Dengan Menanam Padi. Jika Ingin Menikmati Hidup Dalam Masa 10 Tahun, Tanamlah Pokok Buah-Buahan.
Tetapi.. Jika Ingin Menikmati Kejayaan Beratus-Ratus Tahun..Didiklah Anak-Anakmu Dengan Berbekalkan Ilmu..”(Snouck Hurgronje)


Pepatah China :
“Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama” (Loa Tze)


Pesanan Bestari :
“Our Mind Is Like A Parachute. It Only Functions When It Is Open.” (Minda Kita Umpama Payung Terjun, Ia Akan Berfungsi Apabila Dibuka)


Kejayaan Itu Manis:
Ramai Orang Hanya Melihat Saat Seseorang Itu Tersenyum Dengan Kejayaan...Tetapi Tidak Ramai Orang Yang Mengetahui Peritnya Untuk Mencapai Sesuatu Kejayaan.


Hadiah Terbaik:
Kepada Kawan – Kesetiaan
Kepada Musuh – Kemaafan
Kepada Ketua – Khidmat
Kepada Yang Muda - Contoh Terbaik
Kepada Yang Tua - Hargai Budi Mereka Dan Kesetiaan
Kepada Pasangan - Cinta Dan Ketaatan
Kepada Manusia - Kebebasan


4 Ibu Kepada Segala Ibu:
Ibu Segala Ubat = Sedikitkan Makan
Ibu Segala Adat = Sedikitkan Bercakap
Ibu Segala Ibadat = Takutkan Dosa
Ibu Segala Cita-Cita = Banyakkan Bersabar
(Yusuf Qardawi)


Wahai Anak-Anak Muda :
1.Berfikirlah Kamu Pada Waktu Pagi-Tuntutlah Ilmu Ketika Muda
2.Bekerjalah Kamu Pada Waktu Siang-Amalkan Ilmu Apabila Dewasa.
3.Makanlah Kamu Pada Waktu Petang-Nikmatilah Hasil Pada Hari Tua.
4.Tidurlah Kamu Pada Waktu Malam-Matilah Dengan Tenang.
(William Shakespeare)


Empat Perkara Menajamkan Fikiran:
1.Tidak Banyak Berbual Kosong.
2.Rajin Bersugi (Gosok Gigi).
3.Bercakap Dengan Orang Soleh.
4.Bergaul Dengan Ulama.
(Imam Shafie)


Jangan Engkau Bersahabat Dengan Lima (5) Jenis Orang :
1.Pendusta
2.Bodoh (Dungu)
3.Kedekut
4.Pengecut
5.Fasiq
(Jaafar Bin Muhammad Al-Sadiq)


Tiga Waktu Untuk Mengenal Seseorang :
1.Seorang Pemaaf Melainkan Ketika Dia Marah.
2.Seorang Berani Melainkan Ketika Waktu Berjuang.
3.Seorang Sahabat Melainkan Ketika Susah.
(Lukman Al-Hakim)


Ada 4 Jenis Manusia:
1.Orang Yang Tahu, Dan Dia Tahu Bahawa Dia Tahu ;
Itulah Orang Yang Berilmu – Ikutilah Mereka.
2.Orang Yang Tahu, Tetapi Tidak Tahu Bahawa Dia Tahu ;
Itulah Orang Yang Lalai – Berilah Mereka Peringatan.
3.Orang Yang Tidak Tahu, Dan Dia Tahu Bahawa Dia Tidak Tahu ;
Itulah Orang Yang Jahil – Ajarlah Mereka.
4.Orang Yang Tidak Tahu, Dan Dia Tidak Tahu Bahawa Dia Tidak Tahu ; Itulah Orang Yang Bodoh Dan Degil - Oleh Itu, Tinggalkan Mereka.

Note :
Semua kata-kata hikmah ini telah disusun oleh sahabat saya, Cikgu Yasmin Hashim

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...