Pakcik Google Buat Lawak

Google adsense adalah salah satu produk Google. Tak perlu lah aku ceritakan apa itu google adsense, korang sendiri dah sedia maklum tentangnya. Bulan September ari tu aku ada apply akaun google adsense menggunakan docstoc (guna emel wife aku).

Kalau kita apply adsense melalui blogger memang susah nak approve buat masa ni kerana menurut sumber yg boleh dipercayai google telah pun mengetatkan syarat-syarat untuk apply adsense dan negara asia telah pun banyak membuat click fraud terhadap iklan di adsense. So google telah aim negara kita dan mengetatkan syarat2 untuk meluluskan akaun adsense.

Berbalik kepada cerita awal tadi pihak google tidak meluluskan akaun adsense. lihat gambar kat bawah ni, emel yang dihantar oleh google.


Setelah itu aku cuba resubmit balik permohonan untuk apply akaun adsense. Alhamdulillah, pakcik google dah approve. Yang aku heran kenapa pihak google tidak menghantar emel kepada aku yang akaun adsense aku dah lulus. Sepatutnya pihak google akan hantar emel mengatakan "tahniah akaun adsense anda telah pun diluluskan", seperti mana orang lain dapat. Aku tak kisah lah pasal emel tu yang penting aku boleh log in dalam akaun adsense. Lihat gambar kat bawah.


Selang beberapa hari selepas ini, pihak google telah menghantar emel kepada aku dan mengatakan "akaun adsense aku disabled". Lihat gambar kat bawah ni.


Pihak google ni memang nak buat lawak, dah la akaun aku approve, dia org tak cakap pun. Tapi bila dah approve korang disabled pulak adsense aku. Hampeh betul pakcik google ni, dah memang tiada rezeki aku dalam adsense.

Note :

Kepada ahli adsense yang lain, so hati2 la dengan lawak pakcik google ni dan tahniah la kepada sesiapa yang dah mendapat earnings daripada adsense. Bukan senang nak buat duit melalui adsense ni, kita kena belajar dulu selok belok tentang adsense.

Apa yang penting ialah, kita kena belajar dahulu SEO. Apa itu SEO? Korang tentu dah tahu kan, pendek kata SEO dan Blogger umpama aur dan tebing. Korang cari la sendiri. Seacrh je kat google "apa itu SEO" gerenti jumpa. So aku tinggalkan tugasan kepada korang "apa itu seo". Sekian jumpa lagi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...