Apa pendapat korang bila korang buka blog dan keluar picture seperti kat atas tu? Tentu ada yang terkejut beruk dan menangis pun ada.
Sebenarnya seminggu yang lepas aku cuba buka blog aku, tiba2 kuar macam picture kat atas. Gelabah juga aku time tu. Selepas tu aku cuba refresh page tu..fuh nasib baik blog aku masih ada. Kalo kena removed dah tentu korang tak dapat baca entri ni. Pihak Google ni nak buat lawak ke saja nak bagi warning. Atau ada orang "report abuse" blog aku.
Aku pernah dengar ada blogger tu tiba2 je kena removed blog dia oleh google tanpa sebab. Biasala tu benda free, bila2 masa je tuan rumah (google) boleh halau kita.
Macam kita dengan Allah juga. Allah bila2 masa je boleh ambik nyawa kita tak kira lah kita sakit atau sihat. Perlu ditegaskan bahawa bersukan bukan untuk memanjangkan nyawa, tetapi untuk menyihatkan badan. Bukti ada ahli sukan mati ketika bersukan, pendek kata usah terpedaya dengan badan yang sihat kerana kematian itu tak mengenal kita sihat atau tidak. Bertaubatlah sebelum terlambat...opps sekadar peringatan sahaja. Bukan nak berceramah, aku tak layak berceramah.
Berbalik pula pada topik kita tentang blog kena removed. Masalah ini boleh di atasi apabila kita mempunyai domain dan hosting yang berbayar. Sesiapa tak boleh removed kita termasuk pakcik google. Aku pernah dengar ada orang kata NetKL menyediakan pakej domain dan hosting yang terbaik. Malah servis dia orang pun tip top.
Apa yang akan berlaku bila blog kurang kena removed?
1. Entri blog korang habis hilang sekelip mata.
2. Pengunjung yang setia blog anda kini tak dapat lagi singgah ke blog korang
3. Followers korang pun akan hilang.
4. Pendapatan pengiklan di blog korang pun hilang. Tu pun kalo korang menyediakan pengiklanan banner.
5. Pendapatan nuffnang, innity, adverlets atau google adsense korang pun lesap juga.
6. Yang paling penting ialah ranking blog korang di alexa.com lesap macam tu je.
Aku rasa tu saja, kalo ada kekurangan korang tambah la sendiri kat bahagian comment kat bawah ni.
Akhir kata, kalo korang ada budget lebih, boleh la ambik domain dan hosting yang berbayar.
sy pernah juga mengalami hal sebegini..mmg terkejut juga..
ReplyDeletekalo sekejap takpe jugak...
ReplyDeletepernah kena blog removed untuk tempoh 36 jam...
rasa macam nak nangis je masa tu...
huwaa...