Kenali Warren Buffet


Adakah anda mengetahui siapa Warren Buffet? Warren Buffet adalah orang terkaya nombor dua setelah Bill Gates. Lain dengan Bill gates yang begitu popular di seluruh dunia, banyak orang tidak mengenal Warren Buffet sebagai orang terkaya nomor dua di dunia.

CNBC, salah satu stesen tv international mengadakan wawancara selama 1 jam dengan Warren Buffet, orang terkaya kedua di dunia, yang telah mendermakan wangnya sebanyak $ 31 Juta. Dalam wawancara tersebut ditemukan beberapa aspek menarik dari hidupnya :

1. Beliau membeli saham pertamanya pada umur 11 tahun dan dia sekarang menyesal kerana tidak memulakan dari usia yang masih muda.

2. Membeli sebuah kebun yang kecil pada umur 14 tahun dengan wang simpanan yang diperolehinya daripada hasil menjual surat khabar.

3. Beliau masih hidup di sebuah rumah dengan 3 kamar berukuran kecil di pusat kota Ohama, yang dia beli setelah menikah 50 tahun yang lalu. Dia berkata bahawa dia mempunyai segala yang ia perlukan dalam rumah itu. Meskipun rumah itu tidak ada pagar.


4. Selalu memandu keretanya seorang diri jika hendak pergi ke mana shj dan dia tidak mempunyai seorang pemandu ataupun pengawal peribadi.

5. Beliau tidak mempunyai pesawat peribadi, walaupun dia memiliki perusahaan pembuat pesawat jet terbesar di dunia.

6. Berkshire Hathaway, perusahaan miliknya, memiliki 63 anak perusahaan. Ia hanya menuliskan satu pucuk surat setiap tahunnya kepada para CEO dalam perusahaannya, menyampaikan target yang harus diraih untuk tahun itu. Ia tidak pernah mengadakan mesyuarat atau menelefon mereka secara formal. Beliau hanya memberikan 2 peraturan kepada para CEOnya. Peraturan nombor satu adalah : Jangan pernah sekalipun menghabiskan wang para pemilik saham. Peraturan nombor dua : Jangan melupakan peraturan nombor satu.

7. Beliau tidak bersosial dengan masyarakat kalangan kelas atasan. Waktu lapangnya di rumah, dia habiskan dengan menonton tv sambil makan pop corn.

8. Bill Gates, orang terkaya di dunia bertemu dengannya untuk pertama kalinya 5 tahun yang lalu. Bill Gates fikir dia tidak memiliki keperluan yang sangat penting dengan Warren Buffet, maka mereka mengatur pertemuan itu hanya selama 30 menit. Tetapi ketika dia bertemu dengannya (Warren Buffet), pertemuan itu berlangsung selama 10 jam dan Bill Gates tertarik untuk belajar banyak dari Warren Buffet.


9. Warren Buffet tidak pernah membawa handphone dan di meja kerjanya tidak ada komputer.


Berikut ini adalah nasihatnya untuk orang-orang yang masih muda; hindarilah kad kredit dan melaburlah untuk diri anda sendiri dan ingat :

1. Wang tidak menciptakan orang tetapi oranglah yang menciptakan Wang.

2. Hiduplah secara sederhana.

3. Jangan lakukan apa yang orang lain kata, dengarkanlah mereka, namun lakukan apa yang menurut Anda jika ia baik.

4. Jangan memaksakan diri untuk memiliki barang-barang mahal, pakailah apa yang selesa bagi Anda.

5. Jangan memboroskan wang anda untuk hal-hal yang tidak diperlukan; gunakanlah wang untuk membantu mereka yang kekurangan.

6. Biar bagaimana pun orang lain tetap tidak dapat mengatur hidup anda sendiri. Andalah yang mengendalikan hidup anda sepenuhnya.

Diambil dari : BOM.com

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...