Waspada: Minya Masak Kitar Semula Di Pasaran

minyak-masakKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya merampas 38,000 kilogram minyak masak yang dikitar semula sebelum dijual kepada pengguna kelmarin.

Operasi yang melibatkan sembilan anggota tersebut dilakukan pada pukul 5.30 petang di sebuah premis memproses dan membungkus minyak masak yang berpangkalan di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang.

Menurut Ketua Operasinya, Md. Hashim Daud, rampasan itu dilakukan hasil siasatan selama dua minggu terhadap premis terbabit dalam operasi yang dinamakan 'Ops Goreng' bermula Januari lalu.

"Pemeriksaan mendapati premis terbabit mengitar semula minyak masak terpakai yang diperoleh daripada restoran-restoran dan hotel berdekatan sebelum dicampurkan dengan minyak masak sebenar bagi meraih keuntungan lumayan.

"Rampasan ini adalah antara terbesar pernah dilakukan dan kelmarin sahaja kita menganggarkan hasil rampasan bernilai RM200,000," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. -kosmo

1 comment:

  1. As salam..
    bahaya ni kalau kita gunakan minyak kitar semula.
    selalunya di rumah, minyak masak sekali guna je, lepas tu buang la walaupun nampak masih elok. Utk kesihatan kita jgk..

    Teratak Usang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...