TRIPOLI - Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi menggunakan kereta kebal, helikopter dan jet pejuang untuk memerangi tunjuk perasaan rakyat yang menentang pemerintahannya, kata beberapa saksi semalam.
Tindakan tersebut dilakukan selepas pemimpin berkenaan yang memerintah Libya selama 40 tahun menafikan beliau meninggalkan negara itu dengan berlepas ke Venezuela.
Imej beliau muncul di televisyen selepas terdapat spekulasi beliau telah melarikan diri ke Venezuela.
Presiden Venezuela, Hugo Chavez mempunyai hubungan rapat dengan Gaddafi.
Gaddafi turut berucap di televisyen bahawa beliau akan berjuang sehingga mati menentang para penunjuk perasaan.
Sementara itu, kawasan timur Libya sudah jatuh ditangan para penunjuk perasaan yang menuntut beliau berundur kerana tidak puas hati dengan pemerintahannya.
Menurut beberapa askar kepada agensi berita Reuters, bandar Tobruk di timur negara ini dikuasai oleh penunjuk perasaan.
Para penduduk Tobruk juga menyatakan bandar berkenaan sudah berada dalam tangan para penunjuk perasaan sejak tiga hari lalu.
Menurut beberapa pertubuhan hak asasi manusia, sekurang-kurangnya 233 orang terbunuh sejak penentangan rakyat terhadap Gaddafi tercetus seminggu lalu.
Gaddafi sudah memerintah selama hampir 42 tahun dan beliau berkuasa menerusi rampasan kuasa aman semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara. - Agensi dan KOSMO-

0 comments:
Post a Comment