Adik-beradik Nekad Rempuh Peragut

peragut,kantoiKuching: Dua adik beradik bertindak nekad dengan merempuh dua orang peragut bersenjata yang cuba melarikan diri dari tempat jenayah selepas meragut dan mencederakan seorang warga tua.

Kejadian tersebut bermula apabila dua orang adik-beradik yang tinggal di Three Hill Park keluar dari rumah dan hendak menuju ke Petra Jaya. Abang yang tua berumur 28 tahun hendak pergi bekerja dan menyuruh adiknya memandu balik kereta tersebut. Adiknya berumur 24 tahun dan masih seorang pelajar.

Lebih kurang pukul 7 pagi, seorang jirannya, seorang warga tua berumur 61 tahun hendak pergi membeli sayur-sayuran.

Tiba-tiba dua orang penjenayah tiba. Pembonceng motosikal itu, menolak perempuan tersebut, menghulurkan parang di lehennya dan meragut rantai emas yang dipakainya.

Kedua adik-beradik yang kebetulan baru saja herndak memandu keluar menyangkakan ia satu pergaduhan. Apabila mereka ternampak perompak itu sedang bergelut dengan perempuan berkenaan, si abang yang memandu kereta memecut dan merempuh motosikal yang pada ketika itu telah cuba melarikan dari dari lokasi kejadian.

Kesan rempuhan berkenaan menyebabkan motosikal itu tercampak. Penunggangnya bumur 32 tahun mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki kiri. Kereta tersebut rosak teruk. Walau bagaimanapun perompak yang bersenjatakan parang berjaya melarikan diri dengan rantai emas yang diragutnya.

Warga tua tersebut cedera di tangan, kaki dan badannya. Rantai emasnya dianggarkan bernilai RM1,500. Polis menjumpai senjata yang digunakan di tempat berkenaan.

Isteri kepada suspek yang cedera bergegas ke hospital setelah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Wanita yang hamil itu menyatakan suaminya itu berasal dari Sibu tetapi mereka baru saja berpindah ke Kampung Gita.

Suaminya memberitahu yang beliau hendak pergi memancing dan telah keluar rumah sejak jam 5 petang semalam.

Suspek dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan. -sarawakupdate









Note :
Alamak dekat tempat aku tinggal nih, bahaya nih. Dulu ada satu kes juga kat tempat aku, peragut mati mati kena belasah orang ramai. Apa yang menyedihkan peragut tersebut adalah orang Islam dan badannya dipenuhi tatu (tatoo).

2 comments:

  1. nasib baik ada yg perihatin walaupun sanggup merosakkan kereta sendiri..tahniah pd yg prihatin.

    ReplyDelete
  2. Begitulah, dari pandangan Islam, bila iman bukan menjadi aturan hidup... Na'uzubillah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...