Selamat Menduduki SPM Khas Buatmu



Anak didikku, sudah 2 tahun kita berkenalan di SMT Sejingkat. Berbagai ranjau berdiri dan suka duka kita telah tempuhi. Segala ilmu telah pun cikgu curahkan kepada kalian semua. Semoga kalian dapat menfaatkan ilmu yang telah dicurahkan untuk dijadikan senjata di medan perang SPM, 14 November 2011.

Buatlah yang terbaik dan jangan mengalah semasa menempuhi peperiksaan SPM Isnin ini. SPM adalah penentu hala tuju selepas tamat tingkatan 5. Ingatlah selalu kepada Allah, semoga Allah akan membantu kalian nanti, insyaallah.

Selepas tamatnya SPM, maka kita akan berpisah dan membawa hala tuju masing-masing. Insyaallah jika panjang umur kita akan bertemu lagi... hmm facebook kan ada. Akhir kata, semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Doa cikgu sentiasa mengiringi kalian. Jadilah insan yang berguna yang dapat menyumbang tenaga kepada agama, masyarakat dan negara.

Akhir kata, hayatilah kata-kata di bawah:

"Perjuangan Memakan Masa Yang Panjang. Kadang Kala Ia Akan Diperolehi Apabila Kita Sudah Mati...Justeru, Teruskan Perjuangan!!" (Yasser Arafat)


"Kalau Kamu Menjadi Pohon Kayu, Jadilah Pohon Kayu Yang Tumbuh Gagah Di Rimba, Di Mana Hidupnya Sentiasa Bersaing Dan Berjuang Dengan Pohon-Pohon Lain Untuk Mendapat Tempat Yang Kukuh Dan Terjamin. Kalau Kita Menjadi Sekuntum Bunga, Biarlah Dapat Menghiasi Sanggul Gadis Remaja. Kalau Ingin Menjadi Sebutir Bintang, Jadilah Sebutir Bintang Timur Yang Boleh Menentu Arah Perjalanan".(Pendita Zaaba)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...