Berakhirlah Drama "MAKBUL" TV2 Malam Tadi



Tepat pukul 10.00 pm malam tadi maka berakhirlah episod Drama Makbul yang disiarkan oleh TV2 mulai 7 April 2011 (9.00pm setiap Khamis). Sebelum aku dan keluarga tak pernah ketinggalan menonton drama tersebut. Diharap pihak RTM2 menyambung semula Drama Makbul Part 2 yang akan datang.

Sinopsis Drama Makbul:

Makbul mengisahkan seorang kontraktor berjaya, Anuar yang kurang mempercayai keberkatan doa dalam kehidupan harian. Bagi Anuar, kejayaan diraihnya kini bersandarkan kegigihan, usaha serta kebijaksanaannya mencari peluang.




Namun, di kampung dia sekeluarga menetap, tinggal seorang pemuda lurus bendul yang sering dibuli, Bol yang sentiasa rajin berdoa. Malah, Bol menyimpan impian untuk menziarah makam Rasulullah s.a.w di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah.

Di saat Anuar diuji dengan masalah yang melanda perniagaannya, Anuar terbuka hati menaja seramai 12 orang kampung mengerjakan umrah. Tujuannya, supaya mereka yang ke Tanah Suci itu dapat mendoakan dia mendapat kelulusan pinjaman bank.

Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Anuar memperoleh hajatnya untuk kelulusan pinjaman itu? Semua jawapan pada kisah teladan ini dimuatkan di dalam Makbul. Ia drama rantaian istimewa yang pastinya menyentuh perasaan dan padat dengan pengajaran.

Drama hebat ini menemui penonton sebanyak 15 episod gandingan pelakon lama dan baru seperti Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Anuar, Kartina Aziz (Jamiah), Yushazizi Yusof (Bol), Zakaria Yusoff (Pak Aji), Mubarak Majid (Ustaz Rahim) dan Zulkifli Ismail (Datuk Borhan).

Tidak ketinggalan, pelakon lain yang membintanginya ialah Fathil Dani (Imam Rosdi), Khatijah Tan (Hajah Tam), Dr Samad Salleh (Penghulu), Banrul Munir Md Isa (Haji Salim), Bustamam Haron (Haji Badar), Wan Maimunah (Rosnah), Isa Mean (Burn) dan Kazar (Jamil).

Diterbitkan produksi dalaman Radio Televisyen Malaysia (RTM), drama kisah kemasyarakatan ini diarah dan diterbitkan Asri Alias. Skrip ditulis Zabidi Mohamed, penggambaran drama ini pada Jun hingga September tahun lalu dibuat sepenuhnya di utara tanah air.

Lagu Tema Drama Makbul:



Kepada sesiapa dah ketinggalan menonton Drama Makbul ni, korang boleh menonton semula di website RTM Episod 1 hingga 15 (Akhir). Ikuti langkah2 yang aku sediakan di bawah:

Langkah #1 : Layari website ini : http://www.rtm.gov.my/tv2/

Langkah #2 : Klik VIDEO-->Drama-->Makbul.

Langkah #3 : Pastikan Anda Register (Free) sblm menonton

Selamat Menonton dan Berhibur. Jika kurang faham tutorial di atas, korang bleh lihat video tutorial yang aku sediakan kat bawah:



Website Rasmi Drama Makbul :
http://makbul-theseries.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...