JAWATAN KOSONG (FEB 2011)




1. JAWATAN KOSONG DI UKM

 
Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI PERUBATAN UD43
2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
4. JURURAWAT U29
5. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
7. PENOLONG KURATOR S27
8. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
9. PEMBANTU PERTANIAN G17
10. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
11. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17



Tarikh Tutup Permohonan: 21 Februari 2011



2. JAWATAN KOSONG DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:

1.PEGAWAI TADBIR GRED N41
2.PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27



CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 17, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38 cm x 25 cm bersetem 80 sen, beralamat sendiri dan dihantar ke alamat seperti di bawah. Pemohon juga boleh memuat turun borang melalui laman sesawang DBP: http://www.dbp.gov.my
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan pada 14 Februari 2011



3. JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (SME CORP. MALAYSIA)

A. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Enterpris Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

Perkhidmatan ini adalah secara kontrak selama dua (2) tahun bagi jawatan-jawatan berikut :

1. Pengurus, Gred 7
2. Penolong Pengurus, Gred 8
3. Penolong Pengurus (Juruaudit), Gred 8
4. Pegawai Eksekutif (Perpustakaan), Gred 11
5. Pembantu Pentadbiran, Gred 14

Attachment:

CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan.
iii. Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Aras 15, West Wing, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)

v. Tarikh tutup permohonan : 14 Februari 2011 (Isnin)



4. JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi.

JAWATAN
A1 - Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
A2 - Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 41
B1 - Penolong Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 31
B2 - Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31
B3 - Penolong Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 31
B4 - Penolong Pegawai Eksekutif (Kesetiausahaan)Gred 31
C1 - Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred 21




CARA MEMOHON
Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .

Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya .

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.
Setiap pemohon hanya boleh memohon Satu (1) jawatan sahaja.
Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dipamerkan di Laman Web LHDNM dan akan dimaklumkan melalui surat. Pemohon juga digalakkan sentiasa menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui maklumat berkenaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 10 Februari 2011 



5. JAWATAN KOSONG DI UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR (UPEN)
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) bagi jawatan Pegawai Penyelidik.


PEGAWAI PENYELIDIK (1 jawatan)

Maklumat lanjut mengenai iklan ini dan muat turun borang boleh klik pada pautan yang disediakan dibawah berikut :

1) Iklan Jawatan Kosong Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor
2) Borang Jawatan Kosong Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Sebelum atau pada 15 Februari 2011



6. JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia sahaja yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Jawatan :

i) Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

ii) Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27

DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Peraturan Memohon :

a) Borang permohonan jawatan boleh didapati di Pejabat Lembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu pejabat atau melalui laman web : http://www.lpktn.gov.my. Permohonan melalui pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 23sm x 10sm beralamat sendiri dengan bersetem 50 sen.

b) Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar kepada :

PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN TANJUNG GELANG PETI SURAT 161 25720 KUANTAN (Permohonan jawatan)

Tarikh Tutup Permohonan : 11 Februari 2011



7. JAWATAN KOSONG DI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) 
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).

Jawatan :

1. Fellow Kanan (Syariah) - SYARAT LANTIKAN
(Nota: Jawatan ini setaraf DS54 di Universiti Awam)

2. Fellow Kanan (Pendidikan) - SYARAT LANTIKAN
Catatan: Jawatan ini setaraf DS54 Universiti Awam.

3. Fellow Gred 48 - SYARAT LANTIKAN


Cara Permohonan:
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 / Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 28/02/2011 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.


Catatan Am

Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



8. JAWATAN KOSONG DAN PELUANG PEKERJAAN DI KOPERASI TENTERA

Iklan kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan :

i) PUBLIC RELATIONS EXECUTIVE

Cara Memohon :

Those with relevant qualification & experience are invited to apply with a detailed resume with copies of certificate (including SPM) and recent passport sized photograph before 7th February 2011 to :
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No. 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
Attn: Human Resource Department

Tarikh Tutup Permohonan  : 7 Februari 2011

Sumber :Koperasi Tentera

Iklan Jawatan Kosong,Syarat Lantikan Jawatan,Cara-Cara Memohon Dan Borang Permohonan Boleh Merujuk Kepada Iklan Lengkap Jawatan Kosong Di Koperasi Tentera  : KLIK DISINI



9. JAWATAN KOSONG DAN PELUANG PEKERJAAN DI MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat   negeri   Perlis)  yang  berkelayakan  bagi  mengisi  kekosongan jawatan  bertaraf  tetap di pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar, Perlis seperti berikut :

Jawatan :

1. Juruaudit
2. Akauntan
3. Pegawai Undang-Undang
4. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
5. Arkitek Landskap
6. Penolong Juruaudit
7. Penolong Akauntan
8. Penolong Pegawai Undang-Undang
9. Pen. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
10.Penolong Arkitek Landskap
11.Penolong Juruukur Bahan
12.Penolong Pegawai Pertanian

Cara Memohon :
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPK.Ps 6 Pin.1/2006 yang boleh didapati secara PERCUMA di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2, IbuPejabat Majlis Perbandaran Kangar, No. 192, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis.

2. Permohonan jawatan kosong menggunakan Borang MPK.Ps 6 Pin.1/2006 juga boleh di muat turun (download) dari portal rasmi Majlis Perbandaran Kangar dengan melayari http://www.mpkangar.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan  : 10 Februari 2011

Sumber : Majlis Perbandaran Kangar, Perlis



10. JAWATAN KOSONG AT MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT)

Jawatan yang ditawarkan:
1.Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Grade J44)
2.Pegawai Penilaian (Grade W44)
3.Penolong Pegawai Penilaian (Grade W36)

Tarikh tutup : 14 February 2011

Tempat : Kuala Terengganu, Terengganu.

Download Iklan
Download Borang Permohohan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...