Solat Tarawih, 8 atau 20 Rakaat


Disini saya ada satu kemusyikilan mengenai solat sunat tarawih. Seperti yang kita tahu solat sunat tarawih dijalankan sebanyak 8 rakaat ataupun 20 rakaat.Disini saya solat sunat tarawih lebih afdal dilakukan seanyak 8 rakkat ataupun 20 rakaat.saya ada terbaca dari buku-buku agama mengenai hadis-hadis yang menyentuh mengenai jumlah bilangan rakaat solat sunat yang dilakukan oleh rasullulllah s.a.w.antara hadis tersebut:

1) Dari JABAR BIN ABDULLAH
Beliau bersolat bersama-sama rasullullah s.a.w sebanyak 8 rakaat.

2) Dari ABU SAMAH BIN RAHMAN
Bertanya kepada Aisyah r.a .Aisyah berkata kepada abu samah yang rasulullah s.a.w bersolat sebanyak 8 rakaat di rumah

3) Dari IBNU HIBBAN
Beliau berkata sesungguhnya rasulullah bersolat dengannya sebanyak 8 rakaat

Oleh itu , saya ingin mengetahui yang mana lebih afdal sama ada mengikut sunnah Rasulullah ataupun mengikut para sahabat Rasulullah seperti yang banyak dilakukan di masjid-masjid di Malaysia yang banyak menjalankan solat sunat terawih sebanyak 20 rakaat dan tidak 8 rakaat.?

Jawapan

Solat sunat tarawih ini hukumnya sunat sahaja..

Bergantung kepada seseorang itu yang berkemampuan untuk melaksanakannya samada 8,10,12 sehinggalah 20 dicampurkan dgn witir berjumlah 23 rakaat.

Ada terdapat masjid atau surau bersembahyang 8 dan ada juga 20 rakaat..

8 rakaat pula bacaan surahnya panjang seperti menghabiskan surah Al-Baqarah pada satu malam..

Ada juga 20 rakaat tetapi surahnya pendek.

Yang lebih afdal ialah sembahyang yang lebih banyak iaitu 20 rakaat..kerana lebih banyak ibadat kita buat dalam bulan puasa lebih banyaklah ganjaran pahala yang kita perolehi..

wallahua'lam.

sumber : jais

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...