Tahniah Buat Anak Didikku, SPM 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRxQibxoJctrRt3XNJ-ugRC-Am_KuTkJ6jxx_kHWEBqDZBb6kzLY051Rp1qNit2DvJ6Gd1ZSk78qVG-B0ktcWY3-sVrIDVKu-c7C_1JoFfaQrK3iK-zJ7IDvY9ASJpWIrUFJMmFz5Wk9M/s1600/5KE1-ok.jpg

Syukur alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.. dan tahniah, itulah ucapan yg mampu aku ucapkan di atas kejayaan anak didikku yg cemerlang dan lulus 100% dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Elekktrik (PKE) di dalam SPM 2011..SMT Sejingkat, Kuching, Sarawak.

Cikgu masih ingat lagi disaat akhir kalian menduduki peperiksaan SPM pada 14 November 2011, cikgu tidak dapat bersama kalian kerana cikgu terpaksa pulang ke Kelantan untuk mengurus pertukaran sekolah (Kelantan). Namun hanya doa shj yg dapat cikgu lakukan supaya Allah swt mempermudahkan urusan kalian untuk menjawab soalan SPM. Alhamdulillah akhirnya Allah swt memakbulkan doa tersebut.

Sepanjang cikgu bertugas di SMT Sejingkat, inilah kepuasan yang tak terhingga dikurniakan oleh Allah swt kpd cikgu tatkala mendengar berita gembira iaitu kalian lulus 100% dalam matapelajaran PKE sekaligus menaikkan gred purata 5.20 SPM 2011. Pada 2010 gred purata 6.35 dan pada 2009 mendapat gred purata 5.71.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8_vF1-D767Q6qaE-v5eLcGh0jb5gGsPPfM0u_ug_4x8RjWqtpfjYg15dYgM6se9pkMAkVBzi-1S7OhftbQfgu-m1BXWtx7dJSrJNdaZofLuvXYEtiHaV3vdJcfrndEqJ5j9hiGpPPnrg/s1600/5KE2-ok.jpg

Syabas dan tahniah juga buat guru semua PKE yang banyak membantu kalian untuk mencapai kejayaan tersebut. Mereka ialah Cikgu Alice, Cikgu Khaneeja dan Cikgu Izza.

Kini cikgu sudah menjalankan tugas baru di sekolah yang baru iaitu SMK Paloh, Gua Musang, Kelantan. Cikgu sentiasa rindu akan kalian semua. Semoga kita akan bertemu semula di suatu hari nanti. Insyaallah, panjang umur ketemu jua kita.

Akhir kata, cikgu harap kalian dapat memanfaatkan segala ilmu yg telah dipelajari ke arah jalan yg diredhai Allah. Semoga kalian terus berjaya di dalam apa jua bidang yg diceburi.

1 comment:

  1. Saya baru perasan adanya blog ini. Setinggi tinggi terima kasih kepada semua guru yg telah mendidik kami selama ini. Segala ilmu yg kami ada akan kami manfaatkan seelok eloknya. TERIMA KASIH CIKGU!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...