Apabila Duit Dicuri Orang

Pernahkah korang kehilangan duit akibat dicuri orang? Jika ada, apakah perasaan korang? dan apakah tindakan korang? Sudah tentu bagi kita manusia yang normal akan berasa sedih hati dan marah kepada orang yang mencuri tersebut.

Antara tindakan yang mungkin kita ambil ialah, kita akan belasah kalau tahu siapa yg mencuri duit tu (tu pun kalo korang berani), atau kita akan buat laporan polis supaya pencuri tersebut ditangkap dan dikenakan hukuman. Ada juga antara kita akan buat solat hajat supaya supaya si pencuri dikenakan musibah atau supaya si pencuri tersebut memulangkan semula duit/benda yang dicurinya.

Apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah kisah Abdullah bin Mas'ud r.a dan Pencuri. Semoga kita semua akan dapat sedikit ilmu daripada kisah yang akan disampaikan sekejap lagi. Abdullah bin Mas'ud r.a ini adalah salah seorang daripada sahabat Rasulullah. Beliau adalah orang yang keenam memeluk Islam.

Suatu hari beliau mendapati sejumlah wangnya telah dicuri orang. Diapun duduk termenung mengenangkan wangnya yg dicuri itu. beberapa orang yang mengetahui hal ini lalu berkata kpd beliau "hai Abdullah, doamu sangat mustajab, kau doakanlah agar sipencuri itu mendapat balasan dari Allah atas perbuatan jahatnya itu!"

Lalu Ibn Mas'ud pun berdoa:

"Ya Allah seandainya si pencuri itu sangat-sangat memerlukan wang yg dicuri itu...ku pohon padaMu agar diberkati wang itu untuknya". (maksudnya jgn di apa-apakan si pencuri, bukan setakat dihalalkan wang tersebut sebaliknya dipohon kpd Allah supaya ia diberi keberkatan kepada wang yg dicurinya)

"Ya Allah seandainya dia mencuri kerana sifat jahat yg dikuasai nafsu dalam dirinya, biarlah perbuatannya yang mencuri itu adalah yang terakhir yg dilakukannya". (semoga pencuri itu insaf dan diberi hidayah oleh Allah supaya dia tidak lagi mencuri)

Note :

Kejahatan tidak seharusnya dibalas dengan kejahatan, sebaliknya kejahatan dibalas dengan kebaikan. Inilah bezanya doa orang berilmu dengan doa orang tidak berilmu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...