Remaja 16 tahun Diperkosa 8 Lelaki

Kuala Lumpur: Seorang pelajar berusia 16 tahun berdepan detik ngeri apabila dirogol lapan lelaki tidak dikenali secara bergilir-gilir di Kampung Nelayan, Klang, dekat sini, kelmarin. Gambar fail.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya menunggang motosikal.

Menurut sumber polis, mangsa bagai dipukau apabila hanya mengikut kehendak lelaki itu dan kemudian dibawa ke sebuah kedai makan. Sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran.

“Ketika itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa terkejut apabila melihat lapan lelaki mengelilinginya sebelum menyuruhnya membuka pakaian.

“Mangsa pada mulanya menolak pelawaan itu, namun akhirnya mengalah selepas diugut akan dicederakan,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai, salah seorang daripada mereka menghantar mangsa ke sebuah stesen minyak di Pendamar Indah Dua, kira-kira jam 2 pagi,” katanya.

Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -hmetro

Note :

Kenapa mendedahkan diri dengan situasi yang boleh mengundang jenayah? sebaliknya berjalanlah dengan bertiga atau berempat. Lebih-lebih lagi berjalan seorang diri diwaktu malam.

1 comment:

  1. hai klang bandar diraja.. napa lah banyak sangat kes ngeri sejak akhir2 ni.. semalam kes pompuan diseret sbb nak selamatkan kete vios.. issh seramlah jadi warga kelang nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...