Muar : 30 Budak Tadika dan Guru Jadi Tebusan

30 tebusan tadika menjadi tebusan
Baru je tengok berita 1.30 di TV3 tadi, ada laporan cakap 3 guru dan kira-kira 30 murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar sedang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh masuk ke Tadika tu pagi tadi.

Mudah-mudahan cikgu dan murid-murid tersebut semuanya selamat.

Dari laporan berita tu, lelaki berparang tu dah cederakan seorang budak (samada budak tu cedera atau meninggal belum dipastikan) dan mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan. Sekarang ni, polis masih duk berunding..

Untuk makluman, semua 30 kanak-kanak dan 3 guru yang dijadikan tebusan adalah berketurunan Cina termasuk penjenayah tersebut.

Moga semua mangsa selamat. Harap benda-benda gini tak jadi di tadika-tadika lain.

Update terkini : Petang tadi di Berita Wilayah TV1 menurut Annaz Md Nor (wartawan RTM), kesemua tebusan tersebut telah pun diselamatkan oleh PDRM. Syabas dan tahniah kepada semua warga PDRM telah bertungkus-lumus untuk menyelamatkan kesemua mangsa. Semoga Allah Taala membalas jasa baik kalian.

1 comment:

  1. bagus laa kalau semua selamat..

    tapi apa reason dia??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...