Waspada : Air Zam-Zam Palsu

"Ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan sendiri walau dengan menipu jemaah haji dan umrah. Para jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia nampaknya terpaksa waspada semasa membawa pulang air zam-zam sebagai ole-ole.

Ini adalah kerana,dikatakan sudah banyak air zam-zam palsu beredar di Arab Saudi. Laman berita Arab News bulan lepas melaporkan air zam-zam palsu itu merupakan campuran antara air zam-zam asli dan air biasa. Air ini banyak dijual oleh pendatang haram Arab Saudi dan rakyat Arab Saudi sendiri

Air zam-zam palsu ini tidak hanya dijual di jalan tol yang menghubungkan Kota Makkah dan Jeddah. Tapi juga banyak penjual air suci palsu ini di sekitar Masjid Al-Haram, Makkah, dan Masjid Nabawi, Madinah. Ini merupakan dua masjid suci bagi umat Islam. Penjualan zam-zam palsu ini berlaku 24 jam.

Di sekitar Masjid Al-Haram, perdagangan zam-zam palsu ini berpusat di kawasan Al- Ghazzah. Dikatakan pendatang dari Afrika, Bangladesh, dan Burma mengisi penuh air zam-zam dalam bekas. Kemudian bekas ini yang masih kosong dicampur dengan air biasa dan ditambahkan dengan sedikit air zam-zam.Ini berlaku di daerah Kudai.

Kalangan muslim menganggap air zam-zam sebagai air suci dan boleh mengubati penyakit. Air dari telaga yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim itu selalu menjadi ole-ole wajib bagi yang beribadah haji atau umrah ke Arab Saudi. Air zam-zam ini tidak dieksport untuk kepentingan bisnis.Air Zam-Zam Tercemar Dibantah Pemerintah Arab Saudi

Sementara itu pemerintah Arab Saudi telah membantah kenyataan bahwa air Zam Zam –yang berasal dari mata air didalam kompleks Masjidil Haram Mekah tercemar dan menegaskan tak ada ancaman kesehatan pada air suci itu. Dewan Pimpinan Urusan Dua Tempat Suci mengatakan di dalam satu pernyataan, Sabtu (7/5), dewan tersebut tidak menerima laporan yang menyatakan ada masalah dengan air Zam Zam, yang aman untuk diminum.

Itu bukan pertama kali ada usaha untuk memburuk-burukkan air Zam Zam.Sementara itu, Kedutaan Besar Arab Saudi di London mengeluarkan kenyataan yang menegaskan air Zam Zam tidak tercemar dan kajian di pelbagai makmal di Eropah pada Mac lalu mengesahkan air tersebut selamat untuk diminum. Raja Abdulah pada September lalu telah merasmikan projek bernilai US$187 juta yang mampu mengisi 200,000 botol sehari di Mekah. -www.isuhangat.net

3 comments:

  1. air zam2 pun nk dipalsukan padahal air tu x kan pernah habis

    ReplyDelete
  2. @mushroom Biasa la tu bila dah tamak mcm2 bleh buat, padahal org yg pernah minum akan tahu mcm mana rasanya

    ReplyDelete
  3. Allahu..tapi kalau air zam-zam palsu tue mesti rasa die lain punye..ade keajaiban tersendiri pada rasa air zam-zam tue sendiri..SUBHANALLAH

    www.jamaluddin.net

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...