Blogger Ini Mengamuk?

Assalamualaikum semua, harap sihat. Aku ada terlihat satu entri kat blogger ni. Dia telah meluahkan apa yang patut. Aku copy paste je entri dia. Aku harap tuan blog tu tak marah kat aku. sedikit sebanyak aku agree apa yang diluahkan oleh beliau. Ok di bawah ni ayat original daripada blog dia.

Sedikit Pandangan aku terhadap BLOGGER FAMOUS.

Salam..

TOLONG HABISKAN MEMBACA. PENAT AKU TAIP. HAHA. SILA KEMUKAKAN PANDANGAN MASING2 OK SELEPAS MEMBACA.

Hey semua kawan2. Tak kisah la kawan atau lawan. Haha. Dewasa ini, aku perhatikan sangat ramai blogger yang selalu kutuk mengutuk blogger yang lain. Kononnya untuk 'menaikkan' blogger yang baru nak menapak ni. Alaa, macam aku laaa. Blogger tak femes.

Hahaha.

Bagi aku, tak kisah la blog seseorang tu berat ka, ringan ka, serabut ka, itu dia punya blog. Tapi mungkin blogger2 yang dah hebat ni akan kata "korang perlu pandai hasilkan blog yang menarik, yang tak serabut, jangan bagi blogger lain menyampah nak masuk blog korang. Macam mana nak tingkatkan follower korang kalau blogger korang macam tempat pembuangan sampah?".

Ok, tu contoh ayat yang aku pernah baca dalam blog seorang blogger yang baru femes. Memang itu kritikan untuk membina. Tapi, blogger terbabit tu sedar tak apa tujuan sebenarnya blog 'sampah' tu dihasilkan oleh tuannya??? Adakah tuannya hasilkan blog tersebut untuk nak suruh BLOGGER2 FEMES sekalian jadi pengikutnya untuk mengutip sampah-sarap dalam blognya? Hello! Think ok! Blogger tu pun tak kenal korang pun walaupun korang femes... Jangan nak perasan sangat la.

Mungkin tujuan sesetengah orang tu hasilkan blog semata-mata untuk dijadikan diari hariannya... Dia pasang lagu kegemarannya dalam blog dia. Biar dia laa. Korang yang tak suka ada lagu2 tu just press the button "X" ok? Dia pasang tu bukan nak suruh korang dengar pun. Dia yang nak dengar lagu tu bila dia baca kembali diari hariannya. Korang sibuk2 pehal?? Korang dok komen2 kutuk2 dapat tambah saham dosa jer.

Ada jugak blogger2 femes ni akan cakap "Kami ni bukan nak kritik, tapi nak membantu untuk jadikan blog korang disukai blogger2 lain". Heyy, aku nak tanya sikit kepada blogger yang pernah cakap macam tu, ADAKAH SEMUA BLOGGER ATAUPUN ORANG YANG MEMPUNYAI BLOG ITU MENGHARAPKAN BLOG DIA DIKENALI SUPAYA DIA MENJADI FEMES DAN BOLEH JADI FULLTIME BLOGGER?". Jawab la...

Ok, ada jugak yang cakap, "Kalau nak ber diari bagai, baik pergi dekat START > STICKY NOTE > NEW

NOTE, pastu korang tulis jer diari korang kat situ kalau korang sendiri jer yang nak baca". Kurang ajar kan? Kepada yang terasa, aku nak tanya korang "Salah ker orang nak jadikan blog sebagai diari harian?". Dah diorang ade internet sendiri, diorang mampu bayar bil internet, biar jer la diorang buat blog untuk diri diorang sendiri. Ko tak suke ko punye hal la... Kecoh macam web blog ni bapak ko yang owner ape hal?

Lagi, segelintir blogger femes ni terlalu kerap post entry. Ok, itu aku akui memang hak korang nak post entry bagai. Tapi, biarlah berfaedah dan mempunyai info yang padat. Kadang2 tu kes ada perempuan mengandung dalam LRT / BAS pun korang nak cerita apa kes? Tah la korang punya henfon sekarang canggih2. Ada android bagai. Takkan bosan2 pun nak post blog? Berfaedah ker bagi kitorang yang nak baca ni blog korang yang kononnya HOT dan RAMAI FOLLOWERS sangat tu? Lepas tu tak kisah la kan, tapi banyak entry dalam blog korang yang memperlekehkan blogger2 baru. Cakap nak tolong blogger baru la apa la.. Buat segmen la.

MEMANG DUNIA BLOG NI DUNIA UNTUK JOIN SEGMEN KAN?... Pffttttt.... Aku tak kisah nak buat segmen pun, tapi memadai la sekali sekala. sampai tiap2 hari nak buat segmen ni ape kes? Nak tingkatkan trafik dan followers bukan itu caranya... THINK! Jangan asyik bercakap seolah2 ko jer yang ade Degree. Tah2 diploma pun tak sempat lulus.

Hmm, agak laser aku pada entry kali ni kan? Ok, aku memang laser. Tapi aku tulis ni berdasarkan fakta yang aku perhatikan. Bukan main tulis jer bila rasa tak puas hati.

Korang yang tak suka, boleh jalann... Aku pun tak harap korang suka aku. Setiap blogger mempunyai pendapat yang berbeza. jadi, hormatilah antara blogger2 yang lain. Jangan asyik nak kondemmm jer!

Kalau korang tak suka blog2 yang kononnya berat sangat nak loading tu, korang takpayah arr baca.

Tau nak kutuk dan nasihat suruh ringankan blog jer. Mungkin dekat rumah komputer blogger tersebut ringan saja sebab dia pakai pakej internet yang mahal. Yang lambat loading tu mungkin orang tu pakai broadband yang bulanan RM38 yang paling murah tu.Pastu bila dah lambat sangat nak loading, boleh maki maki pulak. Bukan salah blogger tu, salah internet ko la woi, Nak murah memang la slow. Jadi, diam sudahhh. Kecoh2 nasihat2 pe hal? Korang rasa korang tak suka, just NEXT! Takyah nak busy body!

*Ada yang terasa? Maaf ya. Aku cakap berdasarkan fakta yang aku fikir. Bukan serbu tak tentu hala.

*Aku cakap ni pun bukan sebab blog aku pernah di kondem ker ape ke tapi aku ingin bersuara apa yang aku tak puas hati.

*Bagi yang terasa, maaf. Dan aku nak korang cermin diri sendiri sebelem 'nasihat' orang lain.

*Aku buat blog bukan untuk femes. Jadi, aku tak perlukan 'nasihat' blogger2 femes untuk majukan blog aku.

Amcam panas tak? Ok ni link asal blogger tu.
Aku harap korang ziarah blog tu jika rasa perlu.

2 comments:

  1. alamak..panjg nye..huhu..
    em ye2, sy stuju
    http://menarikhotmenawan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...