Mahyon Ismail Meninggal Dunia

mahyon-meninggal-duniaSeniwati Mahyon Ismail meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi (21 Mei 2011) di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.

"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.

"Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian sehinggakan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.

"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.

Malah Allahyarham Mahyon Ismail yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.

Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.

Note :

Allahyarham Hussein Abu Hassan 5 Mei 1937 - 26 November 2007 (Suami Mahyon Ismail) telah meninggal dunia 5 tahun yang lalu. Semoga kedua-dua roh ditempatkan bersama orang yang soleh dan solehah...amin dan al-fatihah.

Setelah seseorang Islam meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara:
i) Doa anak yang soleh/solehah
ii) Sedekah jariah
iii) Ilmu yang bermanfaat

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...