Hari Ibu : Anak Ugut Bunuh Ibu Guna SMS

GOMBAK : Seorang ibu kini berada dalam ketakutan apabila anak lelakinya mengugut untuk membunuhnya dan ahli keluarga lain jika tidak memberi wang kepadanya.

Dalam kejadian di Bandar Baru Selayang, di sini kelmarin, ibu malang berusia 55 tahun itu diugut anaknya yang berusia 24 tahun supaya memberi wang RM5,000 kepadanya.

Permintaan itu ditunaikan ibu berkenaan, namun anak nya itu bagaikan tidak mengenang budi apabila meminta wang tambahan sebanyak RM500 lagi.

Menurut sumber polis, walaupun diberikan wang, anak lelaki mangsa masih lagi mengganggu hidup ibunya itu dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan menyebabkan mangsa kini berada dalam ketakutan.

“Anak lelaki mangsa meminta wang RM100,000 dengan mengugut mahu membunuh mangsa, bekas suami mangsa yang juga ayah kepada suspek serta tiga ahli keluarga lain jika permintaan tidak ditunaikan,” katanya di sini, semalam.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan itu.


Tergamak Halau Emak Guna Duit Arwah Bapa

KUALA LUMPUR: Ketika ramai anak memikirkan hadiah sesuai untuk diberikan kepada ibu masing-masing sempena Hari Ibu, Ahad ini, seorang wanita pula ‘berendam’ dengan air mata selepas dihalau anak tunggal yang berang kerana ibu terbabit dikatakan menggunakan wang di dalam akaun arwah bapa tanpa pengetahuannya.

Dalam kejadian yang berlaku pertengahan bulan lalu, wanita malang berusia 61 tahun itu terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk perbelanjaan seharian dan perubatannya akibat anak lelaki tunggalnya yang berusia lingkungan 30 tahun tidak lagi mempedulikannya sejak bapa meninggal dunia pada Oktober lalu akibat serangan jantung.

Penasihat agensi perunding harta pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Ariffin Sabirin (gambar) berkata, berikutan pengeluaran yang dibuat warga emas itu anaknya tergamak menghalau wanita itu dari rumahnya di Shah Alam kerana berpendapat duit akaun itu wang pusaka dan dia sebagai anak lelaki tunggal mempunyai bahagian paling banyak.

Katanya, anak terbabit menuduh ibunya memakan duit haram, malah akibat marah mereka sering bertengkar dan keadaan menjadi lebih buruk apabila isteri si anak masuk campur serta menyebelahi suaminya.

Berikutan itu katanya, akibat terlalu marah, anak menghalau ibu keluar dari rumahnya April lalu dan walaupun ibu enggan tapi terpaksa mengalah kerana rumah terbabit dipindah milik nama anak pada 2008. Ariffin berkata, sehingga kini, kes pusaka itu belum boleh dimulakan kerana banyak dokumen peribadi milik arwah suami wanita itu berada di rumah berkenaan manakala anak enggan bekerjasama dengan ibunya malah melarang wanita itu memasuki kediamannya.

“Hari ini ibu malang itu terpaksa menumpang di rumah adiknya. Kes ini bermula semasa hidup, bapanya membeli sebuah rumah banglo di Shah Alam dan memindah milik rumah itu dari namanya kepada nama anak lelaki pada 2008 atas dasar kasih sayang. “Ketika pindah milik dibuat, perjanjian lisan antara mereka ialah anak akan menjaga kebajikan dan memelihara ibunya sekiranya dia meninggal dunia. “Bagaimanapun selepas bapa meninggal dunia Oktober lalu, anak mula mengabaikan ibu dan meninggalkannya dengan pembantu rumah ketika dia bersama isteri bercuti, malah tidak mempedulikan ibunya walaupun sakit menyebabkan wanita itu terpaksa guna wang dari akaun bersama dengan arwah suaminya untuk perbelanjaan seharian dan perubatannya sebelum dihalau,” katanya. -HarianMetro

Note :
Sempena Hari Ibu - Satu renungan.

Firman Allah:


Artinya : Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS, Al-Luqman 14)


Artinya: Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Isra’ 23)

Hadith Nabi s.a.w.

Dari sahabat abu hurairah radiyalhu ‘anhu beliau berkata : Datang seorang pria (pemuda) laki-laki kepada rasulullah kemudian dia bertanya : Wahai rasulullah, siapakah yang paling berhak untuk kuperlakukan dengan baik?” Beliau bersabda, “Ibumu”, Orang tersebut bertanya lagi,”kemudian siapa?”. Beliau bersabda,”Ibumu”. Orang tersebut bertanya lagi,”kemudian siapa?”. Beliau bersabda,”Ibumu”. Orang tersebut bertanya lagi,”kemudian siapa?”. Beliau bersabda,”Bapakmu” (HR. Bukhari dan Muslim)


Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya .... (Riwayat Muslim)



Greenboc

2 comments:

  1. Semakin hari semakin ramai yang menjadi penderhaka kepada ibu bapa...Tak tau nak salah kan siapa....mungkin faktor kemodenan???

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudah Allah kuatkan Iman ku untk tidak menjadi seperti anak ini..Amin.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...