Video Seks Tersebar Di Laman Web

video-anwarSHAH ALAM – Video salah laku seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang disedari tersebar di laman video Youtube mulai petang semalam selepas dimuat naik pemilik akaun baru didaftarkan kelmarin, dikenali ThePowerCam.

Klip video yang dipaparkan selama 1 minit 47 saat itu disunting. Rakaman asalnya difahamkan berdurasi 21 minit seperti yang dipertontonkan di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.

Rakaman video hitam putih itu menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita yang berpakaian lengkap sebelum dua daripadanya menanggalkan pakaian, kemudian mengenakan tuala. Lelaki yang lengkap berpakaian itu kelihatan buat kali terakhir pada durasi ke-54 saat dan kemudiannya menghilangkan diri meninggalkan seorang lagi lelaki itu bersama wanita asing dipercayai warga China.

Pada babak akhir klip tersebut, lelaki bertuala itu berjalan melintasi kamera beberapa kali sebelum memeluk wanita terbabit.

Rakaman disedari apabila didedahkan dua laman blog terkenal, http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com dan http://www.papagomo.com sebelum diikuti oleh blog-blog lain. Difahamkan, video itu yang jelas disunting terlebih dahulu dan memotong babak-babak lucah di mana wanita tersebut menanggalkan baju dan juga baki 19 minit aksi lucah seperti yang didedahkan sebelum ini tiada.

Sehingga jam 7.30 malam, video ini masih terdapat dan belum ditarik semula dari laman berkenaan.

Sebelum ini, Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuaib Lazim telah mengaku terlibat menyiarkan video seks itu kepada wartawan di hotel berkenaan.

Eskay turut mengakui beliau adalah salah seorang lelaki yang berada dalam video tersebut namun enggan mengatakan wataknya secara jelas.

Kerana pengakuan mereka ini, ramai pihak mendakwa UMNO terlibat dalam pendedahan video seks itu, namun pemimpin tertinggi parti terus menafikan dakwaan ini sekeras-kerasnya.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video yang diserahkan kepada pihaknya sebagai tulen dan tidak diubahsuai di mana-mana bahagian video tersebut.-sinarharian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...