Bekas Cikgu Tumbuk DanSepak Guru Besar

guru-sepak-guru-besarALOR SETAR – Seorang bekas guru lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah menumbuk dan menyepak seorang guru besar sehingga cedera empat tahun lalu.

Majistret Nor Azah Idris turut memerintahkan Norazman Abdul Wahab, 43, dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Norazman yang merupakan bapa kepada empat orang anak didapati dengan sengaja melakukan perbuatan itu terhadap Halim Saad, 52, di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis, Jalan Langgar di sini pada pukul 8.30 pagi 20 Disember 2006.

Mangsa ditumbuk di muka dan disepak di paha oleh tertuduh sehingga terjatuh.

Norazman dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Norazman yang memakai baju kemeja warna hitam merayu agar hukuman ringan dikenakan kerana dia tidak mempunyai pendapatan selepas tidak bekerja sebagai guru sejak tiga tahun lalu selain mempunyai tanggungan seorang isteri dan empat orang anak.

“Saya mohon dikurangkan hukuman kerana dua anak saya masih belajar di universiti sementara dua lagi bersekolah,” katanya.-KOSMO

Note:
Mesti ada sebab kenape guru tersebut berbuat demikian, bak pepatah pokok tidak akan bergoyang kalo angin x tiup, kecuali ada makhluk yg goyang pokok tu.

1 comment:

  1. mgkin pokok bergoyang sbb ada monyet ke?? hehehe..
    cm ni ke attitude sorg guru?? panas baran? tp, mgkin ada punca yg wat dia xleh kwal kmarahan.. cikgu pon manusia biasa gak kn??

    insomnia
    mereka yang teristimewa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...