Saat cemas tinggalkan Tripoli (Libya)

tinggl+libyaSERAMAI 98 rakyat Malaysia dari Libya selamat tiba di KLIA, Sepang semalam.

SEPANG – “Pengalaman melihat mayat bergelimpangan di atas jalan raya merupakan kenangan ngeri yang tidak dapat dilupakan seumur hidup saya.”

Demikian cerita seorang rakyat Malaysia, Navin Patmanathan ketika menceritakan detik cemas dan menakutkan yang ditempuhinya ketika tercetus pertempuran antara pihak berkuasa dengan penunjuk perasaan di Tripoli, Libya.

“Saya lihat mayat-mayat, pelbagai senjata di tangan orang awam dan berlaku kejadian tembak-menembak. Ia amat menakutkan dan tak pernah saya fikir Libya boleh bertukar macam ini.

“Kejadian itu sangat dahsyat dan menakutkan,” katanya yang merupakan seorang kakitangan Ranhill Berhad yang bertugas di Libya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Navin merupakan salah seorang daripada 98 orang rakyat Malaysia termasuk dua pelajar di Libya yang dibawa pulang oleh Kementerian Luar menerusi pesawat komersial Malaysia Airlines (MAS) melalui Rom, Itali.

Mereka tiba di tanah air pada pukul 6.25 pagi semalam dan kepulangan mereka disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot bersama kakitangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.-kosmo-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...