Cara Mudah Nak Jadi Kaya dan Masuk Suratkhabar / TV

skim-cepat-kayaAku copy bulat-bulat enteri ini di blog seorang blogger ini, tapi semua ayat yang dia gunakan dalam blog ni memang power.

Bukan power disebabkan dia seorang yang mempunyai kuasa tapi aku sendiri terkesan dengan mesej yang hendak di sampaikan. Iya… aku baca dari mula sampailah habis, dan mesejnya sampai!!

Rasa suka ada, geram pun ada… kiranya macam semua yang aku nak kongsikan dengan pembaca blog pasal syarikat -syarikat seperti ni dah dilunaskan oleh blogger ini. TAHNIAH !

Kalau kalian tak percaya, cubalah baca entri ini satu persatu dan aku pasti di akhirnya nanti… kalian akan mengeluarkan pendapat yang sama seperti aku.

Satu lagi percubaan syarikat untuk menipu duit anda semua. Sila berhati-hati dengan orang perseorangan atau agen yang kononnya mendapat pendapatan sehari RM1500+.

Terdapat juga egen yang menggunakan nama syarikat lain untuk mengaburi masyarakat. Diharap jangan ada yang terperdaya dengan taktik atau strategi yang tidak dimasuk akal yang diberitahu atau diauta oleh mereka ini.

Disini akan dipaparkan contoh penipuan atau scammer yang cuba menarik perhatian prospek:

Peluang anda buat duit tanpa downline terbuka luas pada anda. Anda tak taja sponsor orang pun masih boleh untung dan buat duit (Komen: ini dah memang sah tipu la)

Syarikat Beroperasi di:

http://www.clubautocash.com/ (Komen: biasa la guna website, senang buka dan tutup)

Web syarikat

http://www.1autocash.com/

ONE AUTOCASH
No. 1-3, Jalan Solaris 2,
Solaris Mont Kiara,
50480, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Phone : +603-6209 9930

Apa yang best adalah duit anda akan dibank in ke bank anda 2 hari sekali selepas 6 hari anda join. (Komen: perghh.. goyang kaki ja dapat duit)

Berikut adalah pakej yang ditawarkan syarikat (Komen: ini pakej2 bakal anda kena tipu dan menipu orang lain)

1).Pakej 1 lot rm250 dpt rm22.50 setiap 2 hari selama 30 kali. RM250 lepas 2 bulan dapat RM675

2).Pakej 3 lot = rm750 dpt rm67.50 setiap 2 hari selama 30 kali. RM750 lepas 2 bulan dapat RM2,025

3).Pakej 7 lot = rm1750 dpt rm157.50 setiap 2 hari selama 30 kali. RM1750 lepas 2 bulan dapat RM4,725

auto-cash-kaya
Jika anda mahu menjadi leader pakej minimum RM1,750 dan anda akan dapat insentif hebat dari syarikat juga sesiapa join pakej dari RM1,750 Peluang anda buat duit puluhan ribu amat cerah disebabkan anda terawal juga saya akan bimbing anda promosi

4).Pakej 15 lot = rm3750 dpt rm337.50 setiap 2 hari selama 30 kali. RM3750 lepas 2 bulan dapat RM10,125

5). Pakej 31 lot = rm7750 dpt rm697.5 setiap 2 hari selama 30 kali. RM7750 lepas 2 bulan dapat RM20,925

Bonus tajaan 1 lot RM250 dapat RM30

Bonus pairing matching 1 pair RM20 maksimum 100 lot sehari

SYARIKAT 1AUTOCASH.COM BAYAR SETIAP 2 HARI KE AKAUN BANK KITA bermula selepas 6 hari anda join( AUTO WITHDRAWAL ).

KENAPA NAK TUNGGU YANG LAMBAT BAYAR..SAYA DAH DAPAT DUIT SETIAP 2 HARI…HEBAT….HEBAT…..
p/s: ya! hebat sungguh penipuan anda..mahukah anda join skim tidak berguna ini?

Sebelum anda join syarikat atau egen yang terlibat, saya ada soalan untuk anda. Dari mana duit ini jana pendapatan? Dari sumber manakah mereka memberi anda pulangan? Mahukah anda ditipu lagi skim cepat kaya jenis ini? Anda masih percaya spesis skim cepat kaya yang masih berleluasa? Adakah anda turut berminat untuk menipu ahli keluarga, rakan-rakan rapat, kenalan dan masyarkat?

Sumber boleh dirujuk: http://www.clubautocash.com/

Cuba baca DISCLAIMER syarikat ini:

Disclaimer:

This refferal website is belongs to clubautocash.com Group. It is not an official website of the MLM company we join. The estimation income is just a simulation based on the marketing plan. The real figure is depends on personal effort as well. We are not promise any kind of figures that you might get. All persons reproducing, redistributing, or making commercial use of this information are expected to adhere to the terms and conditions asserted by the copyright holder. Transmission or reproduction of protected items beyond that allowed by fair use as defined in the copyright laws requires the written permission of the copyright owners. (Komen: anda semua bijak menilainya tapi sayang, masih ada yang tertipu dengan skim cepat kaya ini)

Okay sekarang aku pulak nak share. Cuba tengok pelan yang satu ini:

Pakej 31 lot = rm7750 dpt rm697.5 setiap 2 hari selama 30 kali. RM7750 lepas 2 bulan dapat RM20,925.

Kalau ada 100 orang sahaja di Malaysia ni yang join, bermakna RM7750 x 100 = RM775,000.00 berjaya di kutip. Dan pembayaran akan mula di lakukan selepas 6 hari after join.

Sekarang cuba bayangkan lepas 6 hari, semuanya hilang… tadak… yilekkk… dan senyap sunyi. Amacam? Mereka dah kaya dengan hanya menulis statement itu di laman web je. Hampir RM1 juta berjaya dihasilkan. Hebat… hebat!

p/s: Tunggu jelah, lepas ni CONFIRM akan ada lagi yang kena tipu dengan syarikat ni. Masa tu baru semuanya nak menyesal. Mula menangis kata “saya guna duit gaji, gadai harta pusaka, cagar rumah, cagar kereta… duit KWSP dan macam-macam lagi. Nak best lagi, panggil wartawan… keluarkan dalam TV. WELL DONE!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...