UMNO Mengajar Rakyat Hina Islam? Rakyat pun Hina Islam??

umno-hina-agamaHarian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang.

Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang muslim wanita. Dan seorang pula wanita cina menjual ikan. Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Isu bodoh yang dibangkitkan oleh Chua Soi Lek Porno. Gambar ni menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri!

Di dalam undang-undang islam, haram orang islam mengundi pemimpin yang menghina islam atau mempersendakan islam.

57. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman.

Kita juga sangat percaya jika pemimpin agama lain menghina agamanya, pasti penganutnya akan membantai habis-habisan pemimpin itu.

Tetapi amat malang sekal bagi bangsa melayu yang terdidik di bawah dokrin UMNO. Dokrin UMNONISASI nya membuntingkan ketololan dalam memelihara kesucian islam.Ungkapan ku ini hanya ku tujukan kepada mereka yang sangat bangsat dalam menghina dan menilai islam sebagai cara hidup. Andai ada ahli UMNO yang cintakan islam sepenuh jiwa raga, ku doakan moga berada dalam jalan perjuangan yang benar.Kalian juga saudaraku

Kalau aku diberi pilihan samaada mengundi PAS yang ada cacat cela atau UMNO yang menghina agama. Lebih baik ku undi PAS kerana susuk tubuh UMNO penuh dengan dokrin memperlekeh agama. Inilah dokrin yang lebih bahaya dari segalanya.

Tapi kenapa UMNO tetap ada penyokong melayu yang setia ?. Firaun pun bila ajal tiba, dia dan pengikut setianya tenggelam lemas di lautan sana. Biarkanlah…Ku serah pada yangt Esa."

Sumber: tranungkite.net

Komen Aku:
Anda pembaca yang mengaku sebagai Islam marah tak kalo orang Islam sendiri mempersendakan Agama Islam? Bila melibatkan isu senda agama pihak pemimpin khususnya tidak mengambil berat sangat. Tentu korang ingat kisah Ayah Pin (adik tiri nombor pin) dah bertahun-tahun mengamalkan ajaran sesat, tapi lambat sangat pihak berkenaan mengambil tindakan. Tapi bila ada kes ceramah tanpa permit dan tauliah cepat2 je korang ambil tindakan, SB-SB diaorang cekap kalo bab mcm ni. Kalo artis nk buat konsert kompom dapat permit, kalo nk buat ceramah.....agak-agak lah lulus tak permit?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...