Terkilan hati apabila kaum tua bertotokkan UMNO menghalang anak-anak muda berkelulusan agama daripada menduduki jawatan imam dan bilal di sesetengah masjid atas alasan anak orang PAS. Sedangkan pada saat itu, masjid tersebut ketandusan orang alim yang dapat mengemudikan solat dan hal ehwal agama. Mereka takut anak orang PAS mengaut elaun-elaun.
Kaum tua bertotok UMNO ini menyediakan Ketua mereka sebagai bilal. Kata mereka sebagai pelapis. Seorang pelapis yang berusia 60an. Adakah mereka gembira melihat anak muda semakin meliar dengan rempitan motorsikal dan khayalan dadah, sedangkan pada masa yang mencari seorang agamawan yang alim dan istiqamah amalnya menjadi satu harga yang paling mahal.
Betullah bicara Ustaz Ahmad Awang Kg Nibong, Kuala Terengganu yang mengatakan “nak mencari 10 orang kaya dalam satu kampung cukup ramai tetapi nak cari seorang alim dalam 10 buah kampung belum tentu dapat”. Begitulah nilai taqwa, alim dan iman pada akhir zaman.
Tidak hairanlah kita melihat para ulama termasuk TG Nik Aziz, TG Fadzil Nor dan TG haji hadi menghantar kebanyakkan anak lelaki mereka belajar ilmu agama. Anak-anak ini yang berilmu agama dan dilatih agar istiqamah diharapkan menjadi pemimpin agama bagi masyarakat.
Jika kita menelusuri masjid-masjid, suasana hambar dan kelam daripada majlis ilmu. Tumbangnya Kerajaan PAS Terengganu umpamanya, menyepikan masjid daripada kuliah. Masjid hanya menjadi tempat solat. keindahan, keselesaan dan kemewahan masjid bagai tugu yang tak bernyawa.
Kini, jika kita ke masjid, suasana tolak menolak untuk menjadi imam semakin kerap berlaku bahkan pada waktu solat suboh, tok imam sukar dicari. Para agamawan dan tok imam lantikkan kerajaan entah ke mana, hanya tinggal pakcik tua dan para ahli ibadat berdahi hitam yang jahil. Akhirnya, solat tidak dapat dimulakan.
Benarlah sabdaan Rasulullah SAW. Satu hadith menyatakan
Daripada Salamah binti al Hurr R.A berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjemaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam”. (Ibnu Majah)
Fenomena ini semakin berleluasa semua ceruk desa, perumahan dan bandar-bandar. Ia adalah virus merbahaya bagi umat. Imam adalah pemimpin agama, tanpanya agama akan hidup dengan nyawa-nyawa ikan.
Satu hari nanti masjid akan kosong, agamawan pula menari dengan kesibukkan dunia mereka."
Sumber: http://www.tranungkite.net

0 comments:
Post a Comment