Filem Hantu Bonceng Hina Islam

hantu bonceng hina islam
Kecoh Hantu Bonceng, Sanggupkah Mereka Menanggung Dosa Setiap Yang Menonton? PAS dakwa LPF, Finas benar filem Hantu Bonceng hina kalimah

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya sangat kesal dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan – terbaru Hantu Bonceng, yang disiarkan sejak awal Aidilfitri.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem itu yang mengandungi unsur menghina Islam, arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan Mohd Razizan Abd Razak atau dikenali “Zizan RL”.

“Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut ‘Asyhadu anna Muhammadar Syaitan’ yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan.

“Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru kata beliau, penggunaan kalimah itu membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

“Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan akidah masyarakat awam,” katanya lagi.

Filem Hantu Bonceng dilaporkan kini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem kedua tertinggi dalam sejarah daripada segi kutipan apabila mencatat kutipan tiket RM8.35 juta setelah ditayangkan secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu.

Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan turut dibintangi Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid Baharudin.

Oleh itu tegas Nasrudin, Dewan Pemuda PAS turut mempersoalkan jika benar wujud panel penapisan dalam LPF ataupun FInas sendiri mengenai filem-filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum, mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi.

“Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis teh atau penapis cendol yang berlubang besar sehingga masih banyak adegan yang ‘menyenakkan mata’ dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan,” kata beliau lagi.

Nasrudin juga berkata, lebih malang pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam.

Nasrudin menambah, lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen sama ada melalui saluran kerajaan ataupun swasta, terus bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh pihak berkuasa agama.

“Apa sudah jadi? Apakah pihak berkuasa agama tidak menyedari perkara ini?

“Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?” katanya.

Beliau menambah, kerajaan juga selayaknya serius melihat perkara ini dan jangan membiarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam dalam negara ini.

Katanya, Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis panduan yang berlandaskan syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan Finas, filem-filem yang lebih “luar biasa” akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak-pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku.

Justeru kata beliau, Dewan Pemuda PAS mahu Finas dan LPF untuk mewujudkan panel syariah yang berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam.

Selain itu, kata beliau, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama seperti Jakim terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem.

“Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri,” katanya lagi. -TMI

Note :

Penghinaan terhadap Islam sudah terang-terangan terjadi, di mana kamu wahai mufti-mufti negeri? Senator Mejar Jamil Khir Baharom dah tgk ke filem tu?

ini pula reaksi pelakon zizan rajalawak yang kurang berilmu di twitter:














Ini pula reaksi pengarah filem tersebut Ahmad Idham :



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...