Terengganu Juara Piala FA 2011

terangganu juara FA
KUALA LUMPUR: Terengganu menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 selepas permainan berlarutan dalam masa tambahan.

Perlawanan sebelum itu terikat 1-1 dengan Kelantan mendahului menerusi gol Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum gol sendiri oleh Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan. -BHarian

Note : Aku sedih gak pasukan aku pilihan aku kalah. Syabas Terengganu.

5 comments:

  1. Di Kelantan.. pemimpin politik tak berjaya menyatukan rakyat, tok imam gagal menyatukan anak mukim, Tok Gawo gagal menyatukan tok penghulu, tok penghulu gagal memupuk perpaduan orang kampung, tok mudim gagal menyatukan kanak-kanak.. Tapi dengan The Red Warriors.. rakyat Kelantan boleh bersatu tanpa mengira fahaman politik(Hj Yasmin)

    ReplyDelete
  2. sabar kepada pasukan kelantan kerana tidak berjayamemiliki piala fa

    ReplyDelete
  3. sedeh kot...padahal 1min terakhir
    http://menarikhotmenawan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. relaks minda :
    Ganu Juara Fiala FA,
    Kelantan Tak Ada Rezeki

    Oh, sedihnya hati usah dikata,
    Kecewa kecewa sampai berdenyut kepala,
    Hajat di hati ingin lihat TRW junjung piala,
    Tahu-tahu Sang Penyu ditabal juara.

    Kelantan betul-betul ditimpa malang,
    Selepas Nurul Azwan Roya score gol dengan sepakan lambung,
    Dan terus mendahului hingga minit terakhir pada masa kecederaan yang panjang,
    Hanya beberapa saat lagi untuk diistiharkan menang,
    Cuma tunggu pengadil tiup wisel yang dipegang,
    Tau-tau Daudsu tertanduk bola sendiri ke gawang,

    sambungannya di shafizums.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...