SMM Tuntut Utusan malaysia dan Blogger Mohon Maaf Jika Dakwaan Tak Benar

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Utusan Malaysia dan blog memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia jika didapati menyiarkan laporan tidak bertanggungjawab kononnya ada konspirasi mengubah status agama rasmi negara ini.

Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Utusan Malaysia selaku media arus perdana tidak sepatutnya menyebarkan laporan yang dipetik daripada penulisan blog kerana ia kemungkinan tidak benar dan boleh menimbulkan ketegangan antara agama terutamanya orang Islam dan penganut Kristian.

Ahmad Syukri berkata demkian sebagai respons terhadap akhbar berkenaan kelmarin yang melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Laporan itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Laporan muka depan dengan tajuk “Kristian agama rasmi” itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Tegas Ahmad Syukri, penulisan blog yang dipetik Utusan Malaysia tidak seharusnya dijadikan bahan publisiti oleh akhbar milik Umno itu kerana ia tidak menghormati sensitiviti agama lain.

“Sekiranya penulis blog itu benar-benar memiliki bukti mengenai isu yang ditimbulkan, saluran yang betul perlu digunakan agar isu ini dapat disiasat tanpa mewujudkan ketegangan yang mengancam keharmonian rakyat.

“Selain itu, SMM juga mendesak agar mana-mana pihak tidak menjadikan isu ini sebagai isu politik bagi menamatkan kekeruhan yang telah tercetus... SMM berpendirian untuk menunggu siasatan polis dan sekiranya terbukti isu yang ditimbulkan adalah fitnah dan berniat jahat, maka blogger itu perlu dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan fitnah,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya dakwaan penulis blog itu benar pihaknya menuntut agar siasatan lanjut dilakukan agar Perlembagaan Persekutuan dijaga dan terpelihara.

“Sekiranya isu yang ditimbulkan oleh blogger berkenaan adalah benar iaitu wujud sentimen yang cuba mencabar kedudukan agama Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan, maka SMM menuntut agar siasatan lanjut diadakan agar integriti Perlembagaan Malaysia kekal sebagai undang-undang tertinggi negara,” katanya. -Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Komen2 Korang :

1. Tak cukup dengan minta maaf.... dakwa je mereka tu dibawah akta hasutan..aku pasti kalau Bloger yang buat cerita tu dari pro PR, awal-awal dah kena tahan di bawah ISA.... tapi sebab ianya PRO BN & UMNO... cukup dengan minta maaf je...(Mohd Adlan Shah)

2. utusan dan perkasa sama-sama nak provok isu yang sengaja ditimbulkan oleh UMNO sebab ia ia dah nampak kaum cina mula sokong DAP bukan MCA . apa takut ke?. orang benar ia tak takut. Ini dah la rasuah melimpah-limpah, peguam negara pun dah kuasai negara , segala laporan diubah sesuka hati , asalkan kroni tak ditahan atau dipenjara. asal masukkkkkk kantung ok. Kita BAKO aje pejabat UTUSAN tu habis cerita.Buat ibrahim Ali tu bawa-bawa la bertaubat. ko menang pun ihsan TGNA dan pengundi PAS juga, kalau tak jangan harap la. sebab tu ko tubuh perkasa sebab nak cari undi.tengok la nanti ko jadi kaki ampu aje la PR 13 nanti (Che Salim Abu Bakar)

3. Negara Malaysia adalah Negara ISLAM,dan kita semua tahu dan TIDAK ADA SESIAPA YG BOLEH MENGUBAH status itu,saya sendiri adalah seorang kristian dan kami menghormati mana2 agama di malaysia ini,apatahlagi agama ISLAM.Kristian tidak pernah terfikir pun hendak menjadi agama rasmi malaysia,apa yang penting keamanan dan kebebasan beragama di malaysia,Tolonglah kepada pihak media(utusan),JANGAN KERUHKAN keadaan,jangan ada lagi yang terguris hati kerana agama.peace 4 all. (Cynthia)

4. utusan meloya ni macam nak cetuskan perang antara agama di malaysia ni. diorang nak ke malaysia jadi macam kat timur timor!!!!! jgnlah nak cari publisiti murahan dengan memetik petikan dari blog yg tak tau kebenarannya. gunalah AKAL yang Allah bg tu. jgn asyik nak laga-lagakan masyarakat di malaysia. kami dah byk menanggung beban skg ni dan jgn tambah lagi bebanan kami dengan berita yang entah betul entah tidak. siarkan dan hebahkan berita yang betul2 benar dan tepat. jgn laga2kan masyarakat. bukan kerja senang nak ubah perlembagaan. mesti mendapat persetujuan 2/3 dewan rakyat dan perkenan dari Agong. bagi sy, ini hanyalah publisiti murahan yang hanya cuba memesongkan perhatian rakyat dari perkara yang benar2 serius seperti kenaikan harga petrol ron 95, gandum, minyak masak dan tarif elektrik. x percaya cuba cek balik bil2 lama dan bandingkan dengan yang sekarang. (Ahmad Daud)

5. Sya juga setuju dengan saranan dari Sdr Ahmad Syukri..Media Utusan tidak seharusnya mmperbesarkan isu-isu yang belum pasti, seolah-olah menagih simpati dari kalangan masyarakat Melayu.Harus diingat Blogger-blogger ini kerjanya tak lain untuk melaga-lagakan penganut berbagai Agama di negara ini.Jadi saya berharap agar kita semua tidak terpedaya dengan dakyah sedemikian rupa..Ini taktik orang yang sudah kalah sebelum bertarung..Kepada orang-orang Melayu/Islam, janganlah mudah terpedaya dengan Blogger-blogger sedemikian rupa.Kepada PDRM, SIASATlah samada apa yang ditulis itu benar atau tidak dan kepada Utusan, janganlah memandai-mandai untuk mengeruhkan lagi suasana di Malaysia ini..bukan semua orang Melayu/Islam boleh di beli dengan cerita-cerita yang sebegini. Juga kepada penduduk Malaysia dari kalangan penganut Kristian, jangan benarkan cerita-cerita ini mengganggu tidur kalian..Ini semua Dakyah pemerintah..Pecah dan Perintah..jangan kita termakan dengan cerita-cerita ini..wassalam (Incredible Hulk)

6. Utusan perlu dapat berita yg. sahih dan tepat.Sekarang niee orang ramai khasnya rakyat Malaysia kurang percaya kepada Utusan yg. kononnya pro UMNO/Kerajaan ( Tak Bebas ).Utusan perlu peka tentang perkara ini.Sekiranya tak betul laporan tersebut maka sahlah Utusan sukar utk. diterima olih rakyat.Kredibiliti nya telah tercalar dan mungkin ia akan dilebel Perkauman olih Parti Politik Pembangkang atau Pakatan Rakyat.Ikut Rasa binasa,Ikut hati mati.Jika benar perkara itu ujud maka kita perlu ambil tindakan tegas demi ugama ISLAM sehingga ketitisan darah yang akhir. (kukus)

7. Kepada Penerbit Utusan Malaysia, Rakyat Malaysia sekarang dah tahu berita-berita dalam Utusan tak masuk akal, terutama yang jadi tajuk utama pada hari Sabtu,7/5/11, iaitu "Malaysia Negara Kristian"! Berita itu memang tidak benar dan satu dunia tahu bahawa yang disebut itu tak mungkin boleh jadi dekat Malaysia. Budak tadika/taska pun boleh tahu yang di lapor utusan adalah satu pembohongan besar; hanya menteri-menteri, PM, TPM, Maha Kutty & yang pro-umno semua yang jadi bodoh membesar-besarkan cerita bohong yang tersiar utusan! So, jangan jadi bodoh macam dia orang itu? (sam-sam)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...