Kenapa Mesti Burung Helang?

burung helangSetelah aku mengkaji terdapat kebaikan sifat-sifat burung helang yang jarang kita ketahui, walhal kita jarang melihat burung tersebut. Kalau korang perasan kenapa tentera Amerika meletakkan gambar burung helang pada logo tentera mereka? Sudah tentu ada kebaikan yang tersirat di sebalik logo burung helang.

Antara kebaikan sifat-sifat burung helang ialah berani, yakin dan bijak bertindak. Betul ke ni? Teruskan membaca ye.

1. Berani: Burung helang memiliki sifat berani yang sangat tinggi, contoh cuba korang lihat di mana burung tu buat sarang. Sudah tentu di puncak gunung yang tinggi. Peh... belum ada binatang berani buat sarang di puncak gunung yang tinggi.

2. Yakin: Selepas buat sarang di puncak gunung, sudah tentu dia akan bertelur dan bakal menimang cahaya mata. Selepas anak burung menetas dan semakin membesar, si ibu burung tersebut tidak mengajar anaknya terbang. Apabila sampai tahap yang dijangkakan, si ibu akan menyepak (Free kick) anaknya jatuh dari sarang yang tinggi tadi, tetapi si ibu yakin anaknya akan terbang semula naik ke atas. Ternyata anaknya naik semula ke sarang. Begitulah keyakinan burung helang.

3. Bijak Bertindak: Ketika burung helang terbang dalam cuaca hujang, burung tersebut tidak mengalami kebasahan. Apa pulak tak basah? Dia guna baju hujan ke? Sebenarnya burung helang akan terbang di atas awan semasa cuaca hujan. Kalau terbang bawah awan dah tentu kena hujan.

Ok ye, stakat tu sahaja cerita pasal burung helang, esok lusa masuk bab burung punai pulak...ha ha gurau je. Jika korang merasakan cerita ini berfaedah, korang boleh klik LIKE atau copy dan tak perlu minta izin daripada aku. Sekian terima kasih.

2 comments:

  1. Tetapi zaman skrng ni tidak ramai lagi yg mempunyai sifat sifat mcm burung helang.. Malahan zaman skrng ini memang terlalu ramai yg bersifat mcm burung paruh bengkok.. Hihi betul ke apa aku taip ni.. Hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...